suria

Tolak vaksin tapi nak hidup normal, Naim Daniel gelar ‘tak malu’ - “Memang pilihan tapi untuk jaga nyawa, ia jadi perkara wajib”

Status Naim di Twitter menarik perhatian netizen.

KETIKA negara semakin hampir menuju ke arah imuniti kelompok dalam menangani pandemik Covid-19, masih terdapat segelintir masyarakat yang menolak suntikan vaksin.

Namun bagi penyanyi Naim Daniel, sesuatu yang pelik apabila golongan yang digelar anti vaksin ini mahu menikmati layanan sama rata dengan penerima vaksinasi lengkap.

Kata Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, golongan anti vaksin seharusnya sedar bahawa pengambilan pelali itu merupakan salah satu cara untuk menjaga nyawa sendiri selain orang sekeliling.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Naim Daniel tak senang ejen insurans guna kisah Siti Sarah jadi modal buat ‘sales’... Hafeez Mikhail tak setuju! - “Kalau tak buat, kenapa terasa?”

"Memang ia satu pilihan dan hak masing-masing. Tapi untuk menjaga nyawa, ia menjadi perkara wajib. Lagi pun kita dah disajikan dengan pelbagai input mengenai vaksin.

"Ia juga salah satu langkah untuk kita sama-sama membanteras Covid-19. Jadi janganlah pentingkan diri. Apa yang kita lakukan untuk menjaga nyawa.

naim 1

Naim sedih melihat sikap tidak bertanggungjawab segelintir golongan anti vaksin.

"Yang ambil kesempatan ini, satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Bagi saya ia menyedihkan... mereka cuba pertahankan perjuangan menolak vaksin.

"Tapi mereka cuba untuk menjalani kehidupan secara normal. Pilihan itu akan memberi kesan kepada diri dan orang sekeliling," katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Sembah ini berkongsi pendapatnya itu ketika sesi Chillax untuk program amal COVAiD #BaikSemula secara maya pada Isnin.

Yang ambil kesempatan ini, satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

NAIM DANIEL

PENYANYI

Naim sebelum ini memuat naik status di Twitter dengan menyifatkan golongan anti vaksin sebagai tidak tahu malu kerana ingin kelebihan seperti penerima vaksinasi lengkap.

Dalam pada itu, pelakon drama Pia ini turut memberitahu dia akan menggunakan platform media sosialnya untuk menyebarkan info dan mesej positif.

"Tipulah kalau tak ada sosial media dan handphone untuk berinteraksi dengan orang ramai. Sekarang kita di puncak semua orang boleh dapatkan info.

Naim 2

Naim ajak rakan selebriti berbuat baik menerusi laman sosial.

"Saya selalu ingatkan diri, kita bukan sahaja penghibur dan selebriti tapi kita kena jalankan tanggungjawab kepada peminat serta penyokong.

"Sampaikan mesej yang sepatutnya sebagai tanggungjawab kepada masyarakat. Sebagai orang dikenali, kita kena pastikan kita sebarkan benda baik

"Jadi, saya harap semua rakan selebriti gunakan platform untuk buat benda baik. Tiada bayaran untuk buat sesuatu yang baik," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain