suria

Kantoi keluar dengan perempuan, Fizi Ali perjelas suara di sebalik video baca buku bersama anak

Fizi Ali akui sudah boleh sesuaikan diri selepas bercerai.

PERKONGSIAN video penyampai radio Suria FM, Fizi Ali ketika sedang membacakan buku kepada anaknya Ameena Sofia mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat.

Rata-rata ingin tahu tentang identiti individu yang merakam video berkenaan kerana dipercayai adalah seorang wanita berdasarkan suara pada penghujung rakaman berkenaan.

Namun teka-teki itu terjawab apabila Fizi atau Hafizudin Alimudin, 33, memaklumkan kepada mStar bahawa individu berkenaan adalah ibunya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali dan Shakilla Khoriri bercerai, janji sepakat jaga anak

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Netizen ungkit video lama, aksi panjat tangga pasang bidai didakwa jadi punca cerai... Shakilla Khoriri rasa tak sedap hati

“Tak sangka orang boleh salah anggap terhadap video tersebut. Suara itu adalah wanita paling istimewa dalam hidup saya... ibu saya.

“Kebetulan kami keluar bersama ibu dan dan adik ketika itu,” jelas Fizi ketika dihubungi mStar.

fizi ali 1

Fizi lebih senang untuk fokus pada anak dan kerjaya

Nama Fizi menjadi tumpuan peminat apabila secara tiba-tiba mengumumkan sudah berpisah dengan pelakon Shakilla Khoriri pada Disember lalu.

Dalam pada itu Fizi berkata dia kini sudah mula membiasakan diri bergelar bapa tunggal.

“Saya dan Shakilla dalam proses untuk betulkan diri masing-masing. Kami juga lebih fokus pada kerja dan anak.

Untuk kembali ada hubungan cinta... belum lagi buat masa sekarang.

FIZI ALI

PENYAMPAI RADIO

“Buat masa ini kami tidak terfikir untuk kembali bersama.

“Ketika awal perceraian saya rasa hidup saya musnah, tetapi sekarang dah boleh move on dan sesuai diri,” ujarnya.

Sementara itu Fizi berkata buat masa ini dia belum terfikir soal jodoh walaupun sering diusik rakan penyampai ketika bersiaran di slot Pagi di Suria,

Fizi n Shakilla

Fizi dan Shakilla sama-sama setuju soal hak penjagaan anak

“Apabila rakan-rakan di konti mengusik ketika bersiaran saya anggap itu adalah gurauan. Saya okey kalau pendengar gembira dan ia tidak melampaui batas.

“Untuk kembali ada hubungan cinta... belum lagi buat masa sekarang.

“Namun saya tidak menolak jika Tuhan temukan saya dengan seseorang. Soal jodoh itu adalah ketentuan Tuhan,” katanya.

Fizi dan Shakilla berkahwin pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia dua tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain