suria

Fizi Ali dan Shakilla Khoriri bercerai, janji sepakat jaga anak

Fizi Ali dan Shakilla umum sudah bercerai pada Rabu.

TIADA angin tiada ribut, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali pada Rabu memaklumkan dia dan pelakon Syakilla Khoriri mengambil keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun hidup bersama.

Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 32, yang berkongsi berita duka itu di Instagram berkata, keputusan untuk membawa haluan masing-masing itu diambil secara sepakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali & Shakilla Khoriri Sah Bergelar Suami-Isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Video Fizi Ali dikacau anak ketika bersiaran dari rumah tarik perhatian netizen - “Kalau dengar bunyi pelik korang diam-diam je la”

"Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum semua... Maaf kepada mereka yang tertanya-tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni.

"Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing," ujarnya.

fizi3

Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018.

Dalam pada itu Fizi berkata, dia dan Shakilla akan membesarkan anak mereka Ameena, 2, bersama-sama dan memberi kasih sayang sepenuhnya.

Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi.

FIZI ALI

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

"Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi.

"Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini. Anggaplah jodoh kami sampai di sini.

fizi

Pasangan ini dikurnia seorang anak perempuan Ameena yang berusia dua tahun.

"Terima kasih atas doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh reda.

"Insya Allah semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua juga. Minta maaf dan terima kasih," ujarnya.

Fizi berkahwin dengan Shakilla, 32, pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain