suria

Viral penari wajah mirip AC Mizal, penganjur dikecam anjur majlis maksiat

Penganjur, Ikmal Lee jawab kecaman kononnya anjur majlis maksiat.

SELEPAS tular tarian lentik seorang penari lelaki yang dikatakan mirip pengacara Datuk AC Mizal, tidak semena-mena penganjur majlis berkenaan turut menerima kecaman.

Ini kerana tindakan penganjur mengundang penari dengan tarian terkinja-kinja sedemikian dilihat kurang sesuai dan tidak sensitif dengan norma masyarakat Malaysia.

Menjawab kritikan netizen itu, pengasas produk kecantikan Bleu iaitu Ikmal Lee menjelaskan tarian yang dilakukan oleh penari tersebut hanya bertujuan untuk menghiburkan tetamu semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi tarian K-Pop setiap hari sejak PKP, jejaka ini terkejut pengikut di TikTok lebih tenang... tak pernah kecam! - “Habis kerja, saya terus berlatih dua jam”

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa AC Mizal cakap tu betul, saya memang kurus” - Chubb-E syukur dapat perhatian selepas 7 tahun

"Selepas video penari lelaki itu tular, tak fasal-fasal saya pun dikecam netizen kerana mengundang penari membuat persembahan dalam majlis itu. Ada yang kata saya tak sensitif, bawa penari lembut berperwatakan perempuan.

"Saya pun pelik disebabkan rakaman pendek persembahan itu orang terus tuduh macam-macam, sampai ada yang kata anjur majlis maksiat ketika negara berdepan pelbagai ujian.

penari gedik 2

Penari iringi nyanyian Ayu Damit.

"Saya nak jelaskan penari yang saya jemput buat persembahan itu ialah penari profesional. Semasa itu mereka menjadi penari untuk lagu Bad Romance nyanyian asal Lady Gaga jadi memang sesuailah dengan rentak lagu.

"Takkan lagu rancak nak menari tradisional pula. Tak sesuai la kan?" katanya kepada mStar.

Difahamkan penari membuat persembahan berkenaan ketika majlis pelancaran produk terbaharu jenama berkenaan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Niat saya hanya nak hiburkan tetamu. Lagi pun kita ikut tema European style, jadi suka hati kamilah nak buat show macam mana pun!

IKMAL LEE

PENGANJUR

Penari tersebut diundang mengiringi persembahan nyanyian penyanyi Ayu Damit.

Sebelum ini tular rakaman video seorang penari lelaki dikatakan mirip pengacara AC Mizal membuat persembahan dengan tarian lentik dalam satu majlis.

Selain dianggap lucu, segelintir netizen menyelar tindakan penganjur membawa penari menghiburkan tetamu dengan persembahan kurang sesuai untuk tontonan umum.

penari gedik 3

Penganjur menghiburkan tetamu dengan persembahan nyanyian dan tarian.

Dalam pada itu, usahawan muda berusia 26 tahun ini memohon orang ramai menghentikan kecaman terhadapnya dan penari berkenaan.

"Sejujurnya masa awal-awal tengok video itu saya pun terhibur sebab orang samakan penari dengan Datuk AC, cuma yang tak best bila kami sebagai penganjur pula dikecam dan dituduh bukan-bukan hanya kerana rakaman video beberapa saat itu.

"Niat saya hanya nak hiburkan tetamu. Lagi pun kita ikut tema European style, jadi suka hati kamilah nak buat show macam mana pun sebab kami bayar mahal.

"Jadi saya rasa cukup-cukuplah kecam... apa la sangat tarian tu! Bukan melampau pun, hanya tarian biasa," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain