suria

Khai Bahar ajak peminat pilih lagu konsert Nafas Cinta, buka undian di media sosial

Khai menjanjikan persembahan istimewa untuk peminatnya nanti.

MENJELANG konsert solo Nafas Cinta pada Februari depan, penyanyi Khai Bahar mahu menghargai peminat dengan melibatkan mereka dalam pemilihan lagu yang bakal dinyanyikan nanti.

Menurut Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 28, peminatnya berpeluang menentukan lagu versi cover yang bakal dinyanyikannya menerusi kaedah undian di media sosial.

Jelas penyanyi yang mencipta nama menerusi aplikasi Smule ini, menyanyikan lagu popular daripada artis lain merupakan salah satu segmen pada konsert yang dijadual diadakan pada 12 Februari depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedap betul Khai Bahar buat cover lagu Aku Budak Girl! Sambil duduk-duduk je...

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul akhirnya buka cerita tentang lelaki, tapi tiada kaitan pun dengan Khai Bahar...

“Daripada segi pemilihan lagu dan susunan muzik saya sendiri ambil tahu supaya lebih bersedia.

khai_2

Khai bersama Pengarah Urusan Nova Music, Rosmin Hashim (kanan) selaku pengajur dan Pengerusi MyCreative Venture, Norazmi yang memberi dana untuk menjayakan konsert.

“Selain lagu sendiri, saya juga akan cover lagu penyanyi lain. Itu saya serahkan kepada peminat untuk pilih,” katanya kepada mStar.

Khai ditemui pada sidang media konsert Nafas Cinta Khai Bahar yang diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada Khamis.

Pada konsert itu nanti Khai bakal menyanyikan 15 buah lagu selain dua lagu duet bersama Aina Abdul dan Adira.

Apa yang saya harap dapat hiburkan penonton dan mereka dapat rasa persembahan saya nanti.

KHAI BAHAR

PENYANYI

Sementara itu bercerita tentang persediaan, Khai berkata dia perlu menjaga kesihatan selain menjaga stamina menjelang konsert itu nanti.

“Tidaklah ada pantang larang yang melampau sangat.

“Saya hanya pastikan sentiasa jaga kesihatan dan jaga pemakanan selain bersenam untuk menjaga stamina.

khai aina

Aina Abdul bakal muncul sebagai penyanyi jemputan.

“Apa yang saya harap dapat hiburkan penonton dan mereka dapat rasa persembahan saya pada malam itu nanti,” katanya.

Konsert Nafas Cinta Khai Bahar bakal diadakan secara hybrid fizikal di Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC) dan virtual live.

Ia membolehkan bukan sahaja peminat Khai dari Lembah Klang untuk menonton konsert secara bersemuka, ia juga boleh diikuti secara maya.

Bagaimanapun tiket untuk menonton di PJPAC sudah habis dijual.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain