suria

Aishah tak buka aib suami kongsi kisah beli beras, sekadar cerita pengalaman hidup

Aishah hanya berkongsi pengalaman hidup dan bukannya buka aib suami.

PERKONGSIAN penyanyi Aishah tentang pengalamannya sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab membeli beras untuk keluarga mengundang rasa kurang senang banyak pihak.

Kata Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 57, dia menerima banyak teguran dan cacian daripada pengikut media sosial kerana mendakwa bertindak membuka aib bekas suami.

"Marah betul sesetengah orang apabila saya menceritakan pengalaman sebagai isteri yang beli beras.

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah syukur bebas Covid-19, seronok dapat balik selepas 12 hari di hospital - “Dua tahun duduk rumah, Allah nak jadikan, kena juga”



ARTIKEL BERKAITAN: Aishah tertekan... oksigen turun mendadak, berdoa agar tidak ditidurkan - “Saya takut, banyak tanggungjawab belum selesai”

"Relax... saya sebut begitu kerana ia betul-betul terjadi. Bagi saya ia tak aib apa pun.

"Itu realiti pengalaman saya dan saya percaya ianya realiti ramai kaum wanita lain. Tak payah bertubi-tubi DM (direct message) nak maki hamun saya," katanya.

aishah pandora

Aishah berkongsi kegembiraan apabila menerima hadiah aksesori tangan jenama Pandora daripada anak sulungnya.

Sebelum ini penyanyi lagu Janji Manismu ini berkongsi kegembiraan apabila menerima hadiah aksesori tangan jenama Pandora daripada anak sulungnya, Armand Azhari pada ulang tahun kelahirannya yang ke-57.

Malah pada perkongsian yang sama Aishah berkata sepanjang kehidupannya bergelar seorang isteri, dia tidak pernah ‘dimanjakan’ dengan pemberian hadiah daripada orang tersayang.

Saya tidak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Seumur hidup saya la isteri yang membeli beras

AISHAH

PENYANYI

"Saya tidak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Seumur hidup saya la isteri yang membeli beras," tulisnya.

Rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian berkenaan namun mendoakan agar Aishah diberikan kebahagiaan dan kesihatan yang baik.

Pada 2017 Aishah memaklumkan dia sudah sudah kembali berumah tangga selepas enam tahun bercerai dengan suami ketiganya iaitu pada 2011.

aishah555

Aishah mengakui tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak empat bulan lalu selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga.

Menerusi perkahwinan terdahulu Aishah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Hasil perkahwinan pertama dia dikurniakan Armand Azhari, 28 dan perkahwinan kedua dikurniakan Azhad Ahlami, 23.

Pada penghujung November tahun lalu, Aishah mengakui tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak empat bulan lalu selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga.

Bagaimanapun sehingga kini tidak dapat dipastikan tentang status rumah tangga penyanyi berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Aishah, buka aib suami, beli beras

Artikel Lain