suria

Wow! Pelakon Squid Game follow IG mStar, hantar emoji ‘love’

Kim Joo-ryoung yang terkenal dalam drama Squid Game mengikuti laman Instagram mStar.

MACAM tak percaya! Pelakon Squid Game yang terkenal dengan watak pemain nombor 212, atau Han Mi-nyeo lakonan Kim Joo-ryoung mengikuti laman sosial Instagram mStar iaitu @mstaronlineofficial.

Bukan itu sahaja, pelakon Korea Selatan yang mempunyai seramai 2.2 juta pengikut itu juga menghantar emoji berbentuk ‘love’ menerusi mesej peribadi.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mirip pelakon Squid Game... wanita ini layankan ‘permintaan’ satu ofis, sampai menggeletar dapat respons Kim Joo-ryoung – “Bukan tak minat drama Korea cuma...”

Malah ketika ditanya mengenai kesahihan akaun itu, Kim Joo-ryoung membalas mesej berkenaan dengan mengesahkan identitinya.

“Adakah ini akaun sebenar Kim Joo-ryoung?”

“Ya,” jawabnya ringkas.

Kim Joo Ryoung 1

Kim Joo-ryoung menghantar emoji 'love' terlebih dahulu kepada mStar.

Selain itu, pihak mStar turut meminta kerjasama untuk menemubual pelakon berkenaan.

Kim Joo-ryoung, 45, sekali lagi membalas agar menghubungi agensinya berhubung perkara berkenaan.

Pelakon berkenaan memulakan kerjaya lakonan bermula tahun 2000 menerusi filem Plum Blossom.

Dia jua membintangi beberapa Kdrama popular antaranya Mr Sunshine, Sky Castle, Welcome to Waikiki 2, Doctor John dan When My Love Blooms.

Pada Oktober lalu, mStar pernah menghasilkan artikel dan video berkaitan seorang rakyat Malaysia yang menjadi popular selepas dikatakan mempunyai wajah seiras dengan pelakon berkenaan.

Wanita berkenaan, Atty Azni Abu Zal memberitahu dia mendapat perhatian secara tiba-tiba selepas video yang dimuat naik di aplikasi TikTok menjadi viral dengan meraih sebanyak 3.7 juta tontonan pada ketika itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain