suria

Tuju K-Clique reka sendiri kulit album guna aplikasi telefon bimbit… Isu kesilapan teknikal dah selesai

Tuju reka sendiri kulit album terbaharunya.

PENYANYI rap Tuju K-Clique memaklumkan isu kesilapan teknikal pada lagu dan kulit album terbaharunya berjudul Tuju Untuk Kamu 18/19 sudah diselesaikan dengan baik.

Menurut Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah Awang Zamri, 26, kesilapan itu terjadi disebabkan salah faham di antara pihaknya dengan syarikat rakaman.

"Ya awalnya memang ada kesilapan semasa pelancaran album ini pada 31 Disember lalu, tapi semuanya sudah diselesaikan dengan cantik. Ada sedikit salah faham antara kami dan team yang menguruskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu sangkut, cover album pula tak keluar! Tuju K-Clique kecewa hasil kerja dua tahun tidak seperti diharapkan

ARTIKEL BERKAITAN: Tuju K-Clique menangis setiap malam fikir nasib diri - “Saya dalam keadaan jiwa pusing... lihat seakan tiada masa depan”

"Kesilapan ini terjadi mungkin sebab kami semua terlalu teruja untuk lancarkan album ini, ditambah pula semua orang sedang bercuti tahun baharu. Alhamdulillah mereka cuba selesaikan sehabis baik untuk memuaskan hati semua orang.

"Walaupun isu masalah lagu glicth (tersangkut) masih belum selesai di platform digital, tapi saya harap hal itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat," katanya kepada mStar.

tuju 3

Tuju kecewa kesilapan pada kulit album sebelum ini.

Tuju ditemui semasa pelancaran album berkenaan yang diadakan di The Paddock, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Pada Khamis lalu, Tuju meluahkan rasa kecewa apabila hasil kerja kerasnya selama dua tahun menyiapkan album itu tidak seperti yang diharapkan.

Sebelum ini dah macam-macam gambar saya guna untuk buat cover album jadi kali ini saya ambil keputusan untuk ringankan cover album.

TUJU

PENYANYI

Bercakap mengenai kulit album tersebut yang dikatakan terlalu ringkas dan tidak menarik, Tuju memberitahu ada sebab dia menghasilkan rekaan sedemikian.

"Cover album itu saya sendiri cipta menggunakan telefon bimbit, saya edit pakai aplikasi Canva. Memang begitu sahaja rupa bentuknya, tanpa sebarang gambar atau imej, hanya putih.

tuju 2

Tuju harap peminat suka album terbaharunya ini.

"Sebelum ini dah macam-macam gambar saya guna untuk buat cover album jadi kali ini saya ambil keputusan untuk ringankan cover album.

"Sebab bagi saya, isi (lagu) dalam album ini sudah berat... setelah berbincang dengan team, kami tak mahu cover yang terlalu rumit dan saya cipta seringkas ini," ujarnya.

Album berjudul Tuju Untuk Kamu 18/19 itu mengandungi tujuh buah lagu dan boleh didengar di semua platform digital bermula 31 Disember lalu.

Manakala dua lagu berjudul Jiwa Pusing dan Khayalan boleh ditonton di saluran YouTube Black Hat Cat Records.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Tuju, K-Clique, kulit album, penyanyi rap

Artikel Lain