suria

Luka putus tunang belum sembuh, Amylea Azizan tak sedia bertukar nombor telefon dengan mana-mana lelaki

Amylea belum sedia cari teman istimewa.

SETELAH lebih setahun berkongsi kisah putus tunang dengan Farouk Roman, penyanyi dan komposer, Amylea Azizan berkata hatinya masih belum terbuka untuk mana-mana lelaki.

Kata Amylea, 36, bukan sesuatu yang mudah untuknya mencari pengganti kerana kegagalan lalu memberi kesan mendalam dalam hidupnya.

“Saya tidak mencari seorang yang istimewa sekarang ini. Saya baru keluar daripada fasa putus tunang... tak boleh cari ganti dengan mudah.

ARTIKEL BERKAITAN: Giliran Amylea Azizan tutup aurat bulan Ramadan, mahu betulkan dalaman sebelum istiqamah bertudung

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Amylea Azizan meninggal dunia selepas dua minggu dirawat di IJN - “Terlalu banyak budi belum saya balas”

“Perkara yang terjadi banyak memberi impak kepada saya. Bertegur dan bertukar nombor telefon dengan mana-mana lelaki pun tidak.

Amylea menjelaskan hubungan dia bersama Sol Ahmad

Amylea nafi jalin hubungan istimewa dengan Sol Ahmad.

"Buat masa sekarang tiada teman lelaki dalam hidup saya,” katanya kepada mStar.

Pada Januari tahun lalu media melaporkan tentang kisah cinta terlerai antara Amylea dan Farouk biarpun lebih 10 tahun menjalinkan hubungan.

Bagaimanapun kedua-dua mereka enggan berkongsi punca perpisahan.

Saya baru keluar daripada fasa putus tunang... tak boleh cari ganti dengan mudah.

AMYLEA AZIZAN

PENYANYI

Sementara itu penyanyi lagu Kendati ini menafikan mula menjalinkan hubungan istimewa dengan lelaki yang dikenali sebagai Sol Ahmad.

Gosip antara Amylea dengan lelaki berkenaan timbul selepas mereka dilihat saling berkongsi kata-kata manis di media sosial.

“Saya ada ramai kawan baik lelaki. Sol antara kelompok rakan yang sangat rapat.

“Kami sering berkongsi ungkapan sebegitu kerana kami saling menyanyangi sebagi seorang kawan,” ujarnya.

WhatsApp Image 2022-02-01 at 19.30.12

Amylea kini mula jatuh cinta dalam bidang lakonan.

Dalam perkembangan lain, Amylea kini mengambangkan sayap kerjaya ke dunia lakonan.

Meskipun masih baru dan banyak yang perlu dipelajari, dia sudah mula menyukai bidang ini dan akan serius bergelar pelakon.

“Sebenarnya tak pernah terfikir. Tapi syarikat Radius One menawarkan saya untuk berlakon kerana sudah lama kami bekerjasama menghasilkan lagu untuk drama.

“Mereka melihat akaun TikTok saya dan katakan saya ada bakat berlakon. Bermula dengan watak cameo saya kemudian ditawarkan untuk sebuah drama lain.

“Ia adalah permulaan baharu bagi diri saya. Saya serius untuk berlakon dan bukan sekadar main-main. Tetapi buat masa sekarang saya selesa bersama Radius One dahulu kerana banyak yang perlu dipelajari sebelum terlibat dengan produksi lain,” kata Amylea.

Dia bakal tampil dalam drama berjudul Fantasia Inn dan Dendam Seorang Isteri selain memegang watak utama untuk drama Hantu Malam Pesta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain