ISTERI kepada vokalis kumpulan Floor88 Ayie Elham berkongsi khabar gembira dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Menerusi hantaran di Instagram, Tasha Awie atau Nur Natasha Awi memuat naik foto kit ujian kehamilannya bersama sebiji kek bagi meraikan berita gembira tersebut.
Katanya, dia dan suami teruja dapat berkongsi khabar itu selepas lama merahsiakannya.
Ayie dan isteri teruja sambut cahaya mata kedua.
"Selepas berbulan-bulan menyimpannya antara kami, saya gembira akhirnya dapat berkongsi dengan anda semua.
"Ya! Amanda (anak sulung) akan menjadi seorang kakak tak lama lagi," kongsinya.
Dalam hantaran itu juga, Ayie dan Tasha terlihat teruja menyambut kedatangan anak kedua mereka.
Mereka juga mengadakan majlis kecil yang untuk meraikan kegembiraan itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ayie Floor88 rancang anak kedua, tak risau kos hidup bertambah... “Itu juga pintu rezeki”
ARTIKEL BERKAITAN: Floor88 trauma terlalu percayakan orang, tak masuk akal tuduhan aniaya bekas pengurus
Malah anak sulung mereka iaitu Nayla Amanda, 3, juga dilihat memegang foto imbasan yang memaparkan kadungan ibunya.
Pun begitu, pasangan ini tidak berkongsi lebih lanjut usia kandungan tersebut.
Untuk rekod, Ayie mendirikan rumah tangga bersama Tasha pada 20 Oktober 2021.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!