suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanye West buat pengakuan berani, suka berfantasi sambil tatap gambar Iggy Azalea 

Iggy mendedahkan Kanye melakukan onani sambil menatap gambarnya.

TANPA berselindung, penyanyi rap Kanye West mengaku melakukan onani sambil melihat gambar rakan selebriti Iggy Azalea.

Perkara itu disahkan oleh Kanye menerusi satu ciapan ringkas di X baru-baru ini.

"Ini benar!," balas Kanye.

Kanye sering terbabit dengan kontroversi sejak kebelakangan ini. 

Pengakuan itu dibuat selepas Iggy mendedahkan Kanye kerap menghantar mesej lucah kepadanya sekitar tahun 2010.

Mereka mula berbual susulan Kanye berminat untuk mengambilnya sebagai artis naungan syarikatnya pada waktu itu.

Dakwa Iggy, pada pertemuan dengan Kanye, penyanyi rap bermasalah itu turut menayangkan koleksi pornografi dalam simpanannya.

Ini termasuk beberapa keping gambar Iggy.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West dan Bianca Censori didakwa sudah berpisah, fesyen ‘bogel’ di Anugerah Grammy salah satu punca putus

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah tubuh di tempat awam melampau, isteri Kanye West bakal berdepan hukuman penjara

"Saya sangat memandang tinggi kepadanya dan perkara itu membuatkan saya terkejut.

"Saya tak sangka ada orang guna gambar saya untuk dijadikan sebagai 'inspirasi' pada waktu pagi.

"Dia juga sering bertanya tentang saiz alat sulit bekas kekasih saya," dakwa Iggy lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain