ISTERI kepada penyanyi rap Kanye West iaitu Bianca Censori bakal berdepan hukuman penjara gara-gara penampilan melampau semasa di majlis Anugerah Grammy 2025. Ini selepas Bianca, 30, mencuri tumpuan apabila bertindak melepaskan kot hitam dan mendedahkan sebahagian besar tubuhnya kelihatan seperti berbogel. Mirror melaporkan Bianca didapati bersalah atas kesalahan mendedahkan tubuh atau kemaluan secara sengaja. Bianca menghadiri Grammy 2025 bersama suaminya. Jika Bianca disabitkan kesalahan, dia bakal berdepan hukuman sehingga enam bulan penjara daerah dan atau denda maksimum $ASD1,000 (RM4,445.51). Namun, sekiranya kesalahan tersebut berulang, isteri kepada Kanye akan dijatuhi hukuman lebih berat dengan minimum 10 tahun penjara di penjara negeri. Tindakan beraninya mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang mempersoalkan kelonggaran kod pakaian bagi acara berprestij itu. ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat jemputan, Kanye West dihalau dari Anugerah Grammy... Bianca Censori berani tampil separuh bogel ARTIKEL BERKAITAN: Bianca Censori makan hati sikap mengongkong suami, punca fail cerai terhadap Kanye West "Setiap kali saya melihat isteri Kanye berbogel, saya sangat pelik melihatnya. "Isteri Kanye bogel sepenuhnya... Acara ini tiada kod berpakaian ke?" komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!