PELAKON Kimberly Ryder berkongsi alasan dia lebih selesa menggunakan khidmat bidan ketika melahirkan dua cahaya matanya sebelum ini. Menurut Kimberly, dia merasa kurang yakin terhadap sistem pusat kesihatan di Indonesia. Malah pengalaman rakan-rakan terdekat juga membuatkan dia nekad untuk menolak bersalin di hospital. Kimberly tidak mahu menanggung kos biayaan hospital yang tinggi.“Disebabkan saya sudah dengar daripada kawan yang bersalin sebelum ini, ramai yang pada awalnya merancang untuk bersalin normal tetapi akhirnya terpaksa menjalani pembedahan. "Malah selepas bersalin, bayi mereka terpaksa dimasukkan ke NICU Unit Rawatan Rapi Neonatal walaupun sebenarnya sihat,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Kimberly Ryder mesti cuci badan sekali sehari, syak cerita tak suka mandi disebarkan adik dan bekas suamiARTIKEL BERKAITAN: Suami tak bagi pantang selepas bersalin anak pertama, Kimberly terkejut tiga bulan hamil lagiTambah pelakon ini keadah bersalin menggunakan khidmat bidan juga jauh lebih menjimatkan. Secara tidak langsung dia dapat mengelakkan kos tinggi apabila menerima rawatan di hospital. “Daripada sepatutnya sekitar Rp20 juta (RM4,600), boleh jadi hingga Rp60 juta (RM13,000). Jadi saya dan bekas suami fikir, lebih baik pilih bidan sahaja,” ujar.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!