suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kimberly Ryder mesti cuci badan sekali sehari, syak cerita tak suka mandi disebarkan adik dan bekas suami

Kimberly tenang jawab pertanyaan netizen.

DIKATAKAN memiliki tabiat tidak suka mandi, pelakon Kimberly Ryder tampil menjawab khabar angin berkenaan.

Menafikan dakwaan tersebut, Kimberly Alvionella Ryder, 32, memberitahu dia tetap melakukan rutin membersihkan tubuh sekurang-kurangnya sekali sehari.

Malah, dia memilih untuk wajib mandi pada waktu petang sebagai persediaan sebelum tidur.

Kimberly mahu bersih sebelum tidur.

"Saya ini suka mandi sebelah petang atau sebelum tidur kerana saya percaya saya akan tidur dalam keadaan bersih.

"Tapi tetap saja saya mandi setiap hari. Jadi saya tak rasa saya ini tak mandi," katanya memetik laporan Detik Hot.

Tidak berkecil hati dengan khabar angin tersebut, Kimberly percaya perkara ini disebarkan oleh adik dan bekas suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih tenang apabila berhijab, Kimberly Ryder sedang dalam proses menutup aurat

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak bagi pantang selepas bersalin anak pertama, Kimberly terkejut tiga bulan hamil lagi

Ini kerana hal dalaman sedemikian hanya diketahui oleh ahli keluarga terdekat.

"Sama ada adik atau bekas suami saya saja yang tahu perkara ini," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain