suria

Sebulan kenal terus tunang, Ayu Ting Ting dedah sebab pilih tentera jadi calon suami

Ayu bakal bernikah dengan anggota tentera Indonesia.

PENYANYI Ayu Ting Ting mengakui sudah dilamar oleh seorang anggota tentera Indonesia berpangkat Kolonel bernama Muhammad Fardhana atau lebih mesra disapa Dhana.

Menurut Ayu atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina, 32, perkenalannya dengan Dhana bermula pada Januari lalu melalui kedua ibu bapa mereka.

"Kenal pada awal Januari, kami sama-sama sepakat untuk serius dan lamaran dibuat rasanya belum sampai sebulan lagi.

ayu1 - 1

Ayu bersyukur Dhana dapat menerima dirinya seadanya.

"Mungkin memang sudah tertulis jodoh kami. Niat kami pun baik, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan," katanya kepada Kompas.

Dalam pada itu, Ayu memberitahu meski pun baharu sahaja berkenalan, dia sudah selesa dengan Dhana sehingga membuatkan dirinya yakin untuk menerima lamaran lelaki itu.

Kata Ayu, sikap Dhana yang menerima dia dan keluarga seadanya membuatkan dirinya terbuka hati untuk membawa hubungan mereka lebih serius.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting pilih tentera pangkat kolonel sebagai bakal suami, dilaporkan sudah bertunang

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting jadi bahan ketawa pakai bedak tutup ketiak hitam, ambil kesempatan promosi produk pemutih

"Saya tidak tahulah baru beberapa kali kami bertemu rasanya sudah serasi bersama. Dia seorang yag baik, hormat saya dan sayang anak saya.

"Malah dia juga boleh menerima saya dan keluarga seadanya, itu yang membuatkan saya yakin," ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial foto Ayu memakai baju pengantin berwarna putih berdiri di sebelah lelaki yang dipercayai seorang anggota tentera Indonesia.

ayu2 - 1

Ayu dan Dhana berkenalan pada Januari lalu.

Ayu ketika ditemui media Indonesia berkata, dia memohon orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya.

Untuk rekod, Ayu pernah mendirikan rumah tangga dengan Henry Baskoro Hendarso pada 4 Julai 2013 dan bercerai pada 1 April 2014.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Balqis Khumairah Razak yang kini berusia 11 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain