suria

Kucing milik Taylor Swift bernilai RM457 juta, lebih berharga berbanding Travis Kelce

Kucing milik Taylor bernilai RM457 juta.

HAIWAN peliharaan penyanyi Tailor Swift iaitu kucing yang diberi nama Olivia Benson dilaporkan bernilai sekitar AS$97 juta atau RM457 juta.

Menurut laporan BBC, nilai bersih kucing milik penyanyi itu dianggarkan jauh lebih tinggi berbanding kekasihnya Travis Kelce yang merupakan seorang atlet sukan.

taylor - 1

Taylor memiliki kucing yang bernilai jutaan ringgit.

Menerusi laman web cats.com, Olivia yang diberi nama sempena watak Marishka Hargitay dalam siri Law and Order: SVU bernilai AS$97 juta, sementara Travis dianggarkan hanya bernilai AS$40 juta (RM190 juta).

Difahamkan Olivia juga pernah membuat beberapa kemunculan istimewa termasuk muncul dalam iklan televisyen, video muzik Taylor Blank Space dan Me!.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Midnight' Album Terbaik Grammy ke-66, Taylor Swift dikecam tak peduli kemunculan Celine Dion serah trofi

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat fanatik ditahan selepas sebulan berkampung di hadapan rumah Taylor Swift

Biarpun bernilai jutaan ringgit, BBC mendakwa bahawa kucing milik Taylor itu bukanlah yang paling kaya kerana berada di belakang kedudukan German Sherperd yang bernilai AS$500 juta (RM2 bilion) dan Nala Cat yang mempunyai 4.5 juta pengikut di Instagram.

Pun begitu, BBC turut mempersoalkan laman web cats.com kerana hanya mengumpul data menerusi akan Instagram untuk menentukan nilai harga haiwan-haiwan peliharaan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain