suria

Selepas sedekad jadi pelakon, The Rock akhirnya kembali ke gelanggang WWE

The Rock bakal bertarung dengan sepupu sendiri April ini.

SELEPAS sedekad meninggalkan sukan gusti, bintang sensasi The Rock mengumumkan bakal kembali ke gelanggang WWE pada Jumaat.

The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Douglas Johnson berkata rindu mendalam terhadap sukan berkenaan membuatkan dia nekad untuk kembali ke gelanggang.

"Saya rindu dan sukakan bergusti, saya dilahirkan dalam sukan ini. Gusti akan sentiasa di hati saya," katanya.

the rock

The Rock merindui sukan gusti setelah lama menjadi pelakon.

Menurut The Rock, dia tidak pernah menyertai mana-mana perlawanan WWE sejak 2013 selepas bergelar pelakon.

Tidak hanya itu, dia juga memaklumkan ingin menyambung legasi keluarganya yang sememangnya aktif dengan sukan berkenaan sejak dahulu lagi.

"Sebahagian keluarga saya ahli gusti, jadi saya dapat rasa ayah dan datuk pasti tidak membayangkan yang saya akan kembali," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu saya tiada duit” - The Rock borong coklat di kedai serbaneka, tebus kesalahan curi semasa remaja

ARTIKEL BERKAITAN: The Rock tak minat bertanding jadi presiden Amerika, lebih suka habiskan masa bersama anak-anak

Pada April depan, dia bakal menentang sepupunya iaitu Roman Reigns di WrestleMania XL.

Sebelum ini, The Rock merupakan ahli gusti profesional sebelum memilih untuk menceburi bidang lakonan sekitar tahun 1999.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain