suria

Diminta tunjuk seluar dalam, Priyanka Chopra kecewa pengarah cuba malukannya

Priyanka rela hilang tawaran pekerjaan.

PELAKON Priyanka Chopra mendedahkan dia pernah mengalami gangguan seksual oleh seorang pengarah semasa berbincang mengenai filem yang bakal dilakonkan.

Priyanka berkata dia pernah diminta untuk menunjukkan seluar dalamnya kepada pengarah berkenaan selain di dalam babak lakonannya.

Dia bagaimanapun memilih untuk merahsiakan nama pengarah berkenaan kerana kejadian tersebut sudah lama berlalu.

pc

Priyanka tak mahu dirinya dipergunakan bagi tujuan tidak elok.

"Dia mahu melihat seluar dalam saya.

"Dia kata kalau tak tunjuk seluar dalam takkan ada yang mahu menonton filem itu," katanya memetik The Zoe Report.

ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya dia! Nick Jonas dan Priyanka Chopra tunjuk wajah anak buat pertama kali

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Priyanka Chopra, Nick Jonas timang anak pertama guna khidmat ibu tumpang

Terkilan dengan apa yang berlaku, Priyanka menganggap ia telah merendahkan maruahnya sebagai perempuan dan juga pelakon.

Malah dia memilih untuk tidak berlakon di dalam filem berkenaan kerana ia melanggar etika kerjanya.

"Saya rasa itu sangat tidak berperikemanusiaan. Saya bukan pelakon yang boleh digunakan untuk perkara seperti itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain