suria

Graduan bikin keliru, majlis konvo disangka ada isu teknikal! Pergi kuliah pakai kemeja, naik pentas cantik berbaju kurung

Penampilan gadis ini ketika majlis konvokesyen membuatkan ramai keliru.

RAMAI menyangka berlaku masalah teknikal di sebuah majlis konvokesyen, gara-gara paparan foto pengenalan seorang graduan di skrin dalam dewan kelihatan berbeza dengan individu yang sedang naik ke pentas bagi menerima skrol.

Paparan di skrin tersebut menunjukkan foto graduan memakai kemeja dan berseluar panjang seperti lelaki, manakala individu di pentas kelihatan manis berbaju kurung dan bertudung serta memakai jubah konvokesyen.

"Saya ingatkan sebab masalah teknikal tadi. Tapi rupa-rupanya awak. OMG (Oh Tuhanku)."

"Tengok juga. Lepas tu pelik sebab ingat macam tersalah ke apa," demikian komen netizen yang turut hadir pada majlis itu, sekali gus menemui jawapan menerusi video konvokesyen yang dimuat naik oleh seorang gadis di laman sosial.

Berkongsi pengalaman kepada mStar, gadis berkenaan, Adriana Azahari menjelaskan bahawa individu di paparan skrin dan di atas pentas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu lalu adalah dirinya.

ramai keliru gadis konvo 4

Tangkap layar video Adyy menerima skrol di pentas konvokesyen.

Lebih mesra disapa Adyy, katanya, ketika itu dia menghadiri majlis konvokesyen setelah tamat pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam Pengurusan dan Keusahawanan dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

ARTIKEL BERKAITAN: Cun habis! Gadis lasak kejutkan warga TikTok dengan baju kurung pink, minta doa yang baik-baik - "Tak pernah lagi beraya pakai baju Melayu"

ARTIKEL BERKAITAN: Kasar sejak kecil, pengkid bawa lori kontena kejutkan ramai orang selepas tiba-tiba pergi kerja pakai tudung

"Penampilan saya sejak dulu sehingga sekarang, terutama ketika di universiti memang lebih kepada kemeja dan seluar slack serta berambut pendek.

"Tapi saya masih seorang perempuan, dan bukannya transgender yang sering disalah anggap oleh ramai orang terutama di media sosial," katanya kepada mStar.

ramai keliru gadis konvo 5

Penampilan Adyy pada majlis konvokesyen di WTCKL.

Anggun berbaju kurung warna krim dan bertudung rona sama, gadis berusia 25 tahun itu mengakui apa yang dipakainya pada hari tersebut merupakan pilihan dan keputusan sendiri.

"Untuk konvo, kami perlu beri sekeping foto pengenalan dan saya bagi gambar berpenampilan seperti biasa, pakai baju kemeja dan seluar slack.

Tak kira apa yang kita pakai di luar, kita tetap perlu menghormati majlis dan tempat dengan berpakaian sopan dan bersesuaian.

ADYY

"Tapi di majlis itu saya hadir berbaju kurung dan bertudung. Di dewan, ada dua skrin utama yang mana satu siaran langsung graduan di pentas, dan satu lagi foto pengenalan tu yang dipaparkan ketika graduan naik ke pentas.

"Di dewan, saya jadi nervous sebab pasti ramai yang keliru bila dua individu yang kelihatan berbeza di kedua-dua skrin. Tekaan saya tepat sebab ada yang ingatkan berlaku masalah teknikal atau wakil yang naik ke pentas," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

ramai keliru gadis konvo 1

Adyy berbaju kurung mengikut kesesuaian majlis dan tempat.

Anak sulung daripada dua beradik itu memberitahu, dia mahu mengabadikan hari dia menamatkan pengajian sebagai kenangan terindah untuk jangka masa panjang.

"Saya nak ada kenangan terindah, nak frame gambar. Sebab itulah saya pakai proper. Nanti bila ada cucu, mesti mereka nak tengok gambar nenek konvo pakai cantik-cantik.

"Tak kira apa yang kita pakai di luar, kita tetap perlu menghormati majlis dan tempat dengan berpakaian sopan dan bersesuaian waima masuk masjid, hadiri majlis nikah, kenduri dan masa Hari Raya... saya masih berbaju kurung," tegasnya.

Walau bagaimanapun, Adyy yang bertugas sebagai eksekutif operasi mengakui gementar saat menaiki pentas untuk menerima skrol kerana memakai kasut tumit tinggi.

ramai keliru gadis konvo 6

Adyy selesa berkemeja dan berseluar slack.

"Saya biasa pakai kasut tapak rata macam kasut kulit, risau juga kalau tersadung jatuh. Saya berdoa agar tiada yang bersikap judgemental terhadap dua penampilan saya yang berbeza.

"Saya tak pernah mengaku saya lelaki sebab saya masih perempuan. Cuma selesa berpenampilan macam ni (seperti lelaki). Dari bersikap judgemental, adalah lebih baik mendoakan saya yang baik-baik. Alhamdulillah, majlis konvokesyen saya berjalan lancar," katanya.

Setakat ini, video majlis konvokesyen Adyy yang dimuat naik di aplikasi TikTok meraih lebih sejuta tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain