suria

Teruk kaki pancing dimalukan, dua kali tengok lelaki naikkan ikan guna joran mainan! Ramai syak rembat anak punya

Seorang pemancing berjaya menaikkan ikan hanya dengan menggunakan batang joran mainan.

BAGI mereka yang bergelar kaki pancing, pasti tidak kisah melabur wang untuk membeli peralatan yang mahal dan berkualiti demi kepuasan hobi sendiri.

Namun satu perkongsian yang tular di TikTok baru-baru ini bukan saja bisa membuatkan rata-ratanya 'terlopong', malah golongan kaki pancing pasti 'makan hati' melihatnya.

Mana tidaknya, seorang pemancing berjaya menaikkan seekor ikan sebesar tapak tangan orang dewasa dengan hanya menggunakan rod pancing mainan berharga RM2.40.

"Maaf rod ni tak ada beg kuning," demikian tulisnya merujuk kepada TikTok Affiliate pada perkongsian video tersebut.

Menerusi video berdurasi 46 saat itu, kelihatan lelaki berkenaan yang sedang memancing di bawah Jambatan Kedua Pulau Pinang berusaha menaikkan seekor ikan dengan menggunakan rod plastik berwarna kuning.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘balas dendam’, tak tahan asyik ditinggalkan suami kaki pancing... semua kena buat sendiri - “Dah gila tak boleh stop”

ARTIKEL BERKAITAN: Dua hari badan rasa sakit-sakit, kaki pancing bergelut tarik Arapaima 1.9 meter di Klang... Siap kongsi tutorial cara masak!

Selepas berhempas pulas sekitar 40 saat, seekor ikan akhirnya berjaya ditumpaskan pemancing tersebut.

"Jangan sangkut... sikit lagi. Ingat rod biasa-biasa ka?" kedengaran suara pemancing berkenaan selepas berjaya menaikkan ikan tersebut.

ikan 2

Ikan kedua yang berjaya dinaikkan oleh pemancing berkenaan.

Sementara itu dalam video kedua, pemancing berkenaan sekali lagi menunjukkan kemahirannya dengan berjaya menaikkan seekor lagi ikan.

Dia kemudian menunjukkan rod pancing yang digunakannya dengan lebih dekat, di mana ia adalah rod mainan yang dibuat sedikit pengubahsuaian selain diikat dengan tali rafia.

Menurut lelaki berkenaan yang menjawab soalan warga maya, rod tersebut hanya dibeli di kedai serbaneka 'Eco'.

Jangan sampai rod tu sold out dekat kedai Eco, bang!

NETIZEN

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa kagum dengan kemantapan rod pancing lelaki berkenaan, malah meninggalkan komen lucu kerana terhibur melihat videonya.

"Kesian anak dia cari rod tu dekat rumah sampai menangis-nangis. Pak dia bawa pergi memancing.

komen ikan

Komen lucu netizen yang terhibur dengan perkongsian video berkenaan.

"Yang beli rod mahal-mahal tapi asyik kumpau (kena sidai) mesti koyak tengok ni.

"Jangan sampai rod tu sold out dekat kedai Eco, bang!

"Apabila rod pancing kena sorok bini, rod anak pun jadilah," demikian antara komen netizen.

Untuk rekod, sehingga kini video berkenaan meraih 1.7 juta jumlah tontonan di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain