suria

“Kesian haters BTS nak kena baca” - Army Malaysia terlebih ‘excited’ jawab kertas BI percubaan SPM, soalan tentang konsert pun ada!

Pelajar teruja melihat nama BTS dalam kertas peperiksaan. -Gambar Hiasan

PEMINAT kumpulan K-Pop BTS yang digelar sebagai Army pastinya menghafal setiap inci perkara mengenai idola kesayangan mereka.

Terbaharu, Army Malaysia kecoh apabila nama kumpulan itu muncul dalam soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek Bahasa Inggeris

"Soalan exam trial SPM 2022 kertas BI. Soalan pasal BTS guys. Aku tak payah baca paragraph dah. Jawab terus soalan. Jawab dengan girang," tulis @snowstar3012 di Twitter pada Khamis.

BTS!

Foto kertas peperiksaan yang tular di Twitter.

Dia turut memuat naik foto kertas peperiksaan berkenaan sehingga meraih lebih 1,500 ulang kicau (retweet).

Dapat dilihat kertas peperiksaan itu memaparkan tujuh perenggan teks berkenaan sejarah dan pencapaian kumpulan BTS dengan lapan soalan yang perlu dijawab pelajar.

"Baca teks dengan berhati-hati dan jawab semua soalan. Pilih jawapan A, B, C atau D. Untuk setiap soalan, tanda jawapan yang betul pada kertas jawapan anda," demikian arahan pada kertas peperiksaan tersebut.

Army mesti boleh skor walaupun sedang tidur... kami sangat beruntung.

NETIZEN

Antara soalan yang ditanya adalah konsert terbaharu BTS serta anugerah yang pernah dimenangi mereka.

Di ruangan balas posting tular itu, calon SPM turut meluahkan rasa teruja apabila nama BTS muncul dalam kertas peperiksaan percubaan mereka.

Ada yang turut berseloroh, kononnya mereka mampu menjawab semua soalan dengan betul tanpa perlu merujuk teks asal yang disediakan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami tak bodoh untuk mulakan hal ini” - Kesian Army dimaki keluarga, cenderahati dibuang gara-gara channel Telegram ‘Agama BTS’

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis peminat BTS dapat jolokan CL 2NE1 versi halal, semuanya gara-gara video TikTok - “Cuma perlu tambah tahi lalat”

"Army mesti boleh skor walaupun sedang tidur. Kami sangat beruntung. Semoga dipermudahkan urusan dalam menjawab soalan percubaan SPM.

"Saya boleh jawab semua soalan tanpa perlu baca keseluruhan perenggan.

"Markah free dah tu. Mesti masa jawab ni semua menjerit-jerit dalam hati, senyum-senyum lepas tu bayangkan BTS depan mata.

bts1

Pelajar teruja lihat nama BTS dalam kertas peperiksaan berkenaan.

"Weh tak payah baca artikel pun. Jawab confirm betul.

"Kesian yang jadi haters BTS tu nak kena baca," tulis beberapa pelayar Twitter.

Untuk rekod, BTS yang dianggotai Jung Kook, V, Jimin, Suga, Jin, RM dan J-Hope membuat kemunculan dalam industri muzik pada tahun 2013.

Selain popular di Korea Selatan, mereka turut mendominasi carta muzik seluruh dunia dan dianggap sebagai kumpulan paling berjaya dalam sejarah K-Pop setakat ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain