suria

Gadis peminat BTS dapat jolokan CL 2NE1 versi halal, semuanya gara-gara video TikTok - “Cuma perlu tambah tahi lalat”

Sara cuba membuat solekan untuk melihat sejauh mana dakwaan netizen bahawa wajahnya iras penyanyai K-Pop CL.

SAMA tapi tak serupa.

Mungkin itulah gambarannya mengenai kisah seorang gadis yang tular di aplikasi TikTok gara-gara didakwa berwajah mirip penyanyi K-Pop terkenal, CL dari kumpulan 2NE1.

Menurut Sara Sufia, dia mula menyedari komen-komen tersebut menerusi beberapa video yang dihasilkan menerusi aplikasi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Dua Lipa Malaysia’ dikecam kongsi foto glow up 2019... tudung ‘hilang’ - “Saya memang selalu dibenci, ada yang panggil pelacur”

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka berdarah kacukan gara-gara video TikTok, jejaka akui ada yang terkejut dia boleh cakap loghat Kelantan - “Orang pelik saya ada accent?”

Sebagai uji kaji, dia turut membuat satu lagi video dengan meniru gaya solekan CL sehingga ia menerima hampir 20,000 tontonan.

"Ia bermula di TikTok, ada orang komen cakap wajah saya macam CL. Ada yang kata macam wajah orang Korea.

"Jadi saya cuba buat satu video, tiru gaya eyeliner CL. Netizen kata sama, cuma kena tambah tahi lalat je.

Video solekan inspirasi CL yang dihasilkan Sara.

"Tapi itu atas pandangan masing-masing. Bagi saya sendiri, mungkin sama pada mata kot," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Sara, gadis berusia 20-an itu turut diberi jolokan CL versi berhijab.

Ujarnya, dia tidak kisah dengan apa jua tanggapan yang diberi dan cuba mengambil nilai positif yang ada pada penyanyi berkenaan.

Kalau CL hebat menyanyi, saya nak ambil semangat dia dan cuba jadi hebat dalam sukan ini.

SARA

"Saya memang minat CL sejak beberapa tahun lalu. Dia ada aura bila berada di pentas. Bagaikan satu inspirasi.

"Ada yang cakap saya CL versi halal dan sebagainya. Saya tak terasa sebab ia pandangan masing-masing," ujarnya yang turut meminati kumpulan BTS.

Bercerita mengenai dirinya, Sara juga aktif menyertai sukan roller blade sejak lima tahun lalu.

Pernah menyertai beberapa pertandingan, dia kini menjadikan sukan itu sebagai hobi masa lapang.

Sara aktif bermain roller blade sejak beberapa tahun lalu.

Ujarnya, hijab bukan penghalang asalkan dia tahu menjaga batas diri sebagai seorang muslimah.

"Selalunya orang cakap, kalau kita bertudung... kenalah cari sukan yang sesuai.

"Pada saya, tudung bukan halangan. Tapi pada masa sama, kena tahu batasan kita.

"Kalau CL hebat menyanyi, saya nak ambil semangat dia dan cuba jadi hebat dalam sukan ini," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain