suria

Beberapa kali ‘diganggu’, ibu 2 anak paling seram saat kereta mainan bergerak sendiri... apa kata ustaz memang mengejutkan! - “Kalau jadi lagi, terfikir nak pindah”

Syazliana merakam video kereta mainan milik anaknya yang bergerak secara tiba-tiba ketika dia tinggal berdua bersama bayinya, baru-baru ini.

SIAPA yang tidak cuak apabila menyaksikan lori mainan bergerak sendiri secara tiba-tiba?

Segala macam perasaan yang datang, apatah lagi ketika itu sedang berseorangan di rumah.

Itulah pengalaman mistik yang dialami oleh wanita ini, sehingga membuatkan dirinya fobia ditinggalkan bersendirian apabila suami keluar bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagai nak luruh jantung... 3 remaja terserempak entiti seram pukul 1 pagi, salah seorang hampir demam terkejut - “Sampai ke tempat tu, dah tak ada”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tidur 48 jam demi Lathi Challenge, pelajar Aswara diganggu pukul 4 pagi - “Kenapa part hantu je lampu nak terpadam?”

Terdahulu wanita ini membuat perkongsian di Twitter mengenai pengalamannya sehingga ia meraih lebih 13,000 retweet.

Menurut Syazliana Awang, kejadian mistik itu berlaku kira-kira seminggu lalu ketika dia dan bayinya yang berusia tiga bulan berada di ruang tamu tingkat bawah kediamannya.



Trak mainan milik anak sulung Syazliana yang bergerak sendiri secara tiba-tiba, minggu lalu.

"Saya ingat lagi, ketika itu Khamis malam Jumaat, kira-kira pukul 10 malam. Suami dan anak sulung yang berusia dua tahun lima bulan tiada di rumah kerana pergi tahlil di rumah mentua yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari rumah kami.

"Tengah lipat baju, tiba-tiba 'dump truck' anak bergerak sendiri. Padahal remote control mainan tu suami sorok daripada anak lama dah.

"Mula-mula perlahan... saya macam buat tak endah. Tapi kemudian ia bergerak dengan kerap. Saya berhenti lipat baju dan terus call suami untuk beritahu apa yang berlaku.

"Suami boleh gelak-gelak sedangkan saya dah cuak... memang rasa tak sedap hati. Saya pun apa lagi, capai tudung, dukung bayi dan terus duduk luar rumah," ceritanya kepada mStar.

Sepanjang menunggu kepulangan suami, Syazliana berkata sepanjang tempoh itu dia terlalu takut memandangkan mainan berkenaan makin ‘galak’ bergerak.

Sebahagian perkongsian Syazliana mengenai kejadian mistik yang dialaminya di Twitter.

"Dek terlalu takut, saya tak mampu nak rakam. Bayangkan, mainan tu bergerak-gerak macam nak ikut saya. Ia siap hentam-hentam gril pintu.

"Jiran saya kiri dan kanan pasangan Cina. Saya segan nak panggil bimbang mengganggu, dan dalam masa yang sama saya cuba bertenang dan cuba positif.

"Kira-kira 20 minit kemudian, suami pun sampai rumah. Anehnya, mainan tersebut automatik berhenti... sedangkan sebelum tu ia galak bergerak," cerita wanita berusia 29 tahun yang menetap di Sri Rampai, Wangsa Maju.

Sebagai orang Islam, kita kena percaya perkara ghaib. Kita mungkin berkongsi tempat dengannya cuma tak nampak saja.

SYAZLIANA AWANG

SURIRUMAH

Tambah Syazliana, keesokan hari suaminya menjemput seorang ustaz ke rumah dan apa yang diberitahu sememangnya membuatkan mereka terkejut.

"Ustaz tu kata memang ada 'sesuatu'... ia penghuni asal rumah ni. Kiranya benda tu nak 'tunjuk' yang dia ada.

"Sebelum ni, selalu je dengar bunyi-bunyi aneh tapi kita fikir positif... mungkin datang dari rumah jiran.

"Tapi kejadian yang terakhir ni betul-betul buatkan saya takut, tambah-tambah lagi kalau suami keluar bekerja. Mujurlah suami kerja sendiri, apa-apa berlaku dia boleh pulang.

"Alhamdulillah, selepas ustaz datang, belum ada lagi benda aneh berlaku. Kalau jadi lagi, mungkin terfikir nak pindah," katanya.



Netizen berpendapat kejadian tersebut tidak berkaitan dengan unsur mistik sebaliknya kerana mempunyai frekuensi yang sama.

Tidak menyangka postingnya di Twitter menjadi tular, Syazliana berkata dia pada mulanya sekadar berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan dan pengikutnya sahaja.

"Ada juga komen kata mainan tu bergerak kerana wujudnya frekuensi yang sama. Saya ada bertanya kepada kedua-dua jiran sebelah, mereka tak ada pun kereta mainan remote control.

"Tapi cuba fikir, kalau frekuensi sama, kenapa masa suami balik, terus ia berhenti. Lagi satu, cara ia bergerak tu, macam nak ikut saya pula.

"Sebagai orang Islam, kita kena percaya perkara ghaib. Kita mungkin berkongsi tempat dengannya cuma tak nampak saja. Mungkin masa berlaku tu, benda tu nak kami tahu yang ia 'ada'," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain