suria

Rider makan sambil berdiri di sisi motosikal, ramai luah rasa simpati... kejar masa demi rezeki halal - “Sanggup mengenyangkan perut orang lain dulu”

Netizen meluahkan rasa simpati melihat rider itu makan secara tergesa-gesa.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Namun tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang terjadi, melainkan empunya badan sendiri.

Terbaharu, netizen di laman Twitter sebak apabila mereka disajikan satu video memaparkan seorang rider penghantar makanan sedang makan sambil berdiri di sisi motosikalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam perjalanan hantar order, rider nak menitis air mata baca notifikasi di telefon... terus berhenti tepi - “Sepanjang jalan rasa sejuk je...”

ARTIKEL BERKAITAN: Mundar mandir di lobi bangunan, setia tunggu pelanggan ‘ghaib’... ramai kasihan tengok makcik rider dianiaya

"Kadang-kadang makan pun tak sempat. Semoga Allah berkati sahabat rider ini," tulis pelayar Twitter @Dean24924388 yang berkongsi video itu.

Visual berdurasi 14 saat itu dirakam di sebuah stesen minyak yang tidak didedahkan lokasinya.

Ramai meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar golongan rider terus dimurahkan rezeki. (Gambar Hiasan)

Rider itu meletakkan sebungkus makanan di atas kotak di motosikalnya sambil menjamu selera dalam suasana yang cukup tidak selesa.

Rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati mereka atas nasib yang menimpa rider lelaki itu.

Dia rajin kerja, sanggup mengenyangkan perut orang lain dulu hingga dia korban masa sendiri.

NETIZEN

Malah, ruangan komen posting berkenaan turut dihujani dengan pelbagai titipan kata-kata semangat serta doa untuknya.

"Ironinya hantar makanan dekat orang, sendiri pun tak sempat makan. Kuatkan usaha lagi bang.

"Tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini, tengok video macam ni air mata laju je nak keluar.

Netizen menzahirkan rasa simpati terhadap rider dan berdoa agar segala urusan mereka dipermudahkan. (Gambar Hiasan)

"Dia rajin kerja, sanggup mengenyangkan perut orang lain dulu hingga dia korban masa sendiri, makan berdiri dalam tergesa-gesa.

"Cari rezeki halal. Semoga rider ini kuat semangat meneruskan kehidupan," tulis beberapa netizen.

Video itu sehingga kini meraih lebih 200,000 tontonan.

Malah, posting itu turut menerima lebih 2,500 ulang kicau.

Dalam pada itu, ia bukanlah kali pertama nasib rider penghantar makanan menjadi perhatian ramai.

Pada 28 November lalu, mStar melaporkan seorang rider wanita mundar-mandir di lobi bangunan sambil menunggu pelanggan datang mengambil makanan.

Video penuh emosi memaparkan rider itu menanti pelanggan sebelum berlalu pergi dengan hampa turut mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain