suria

Hampir putus asa sampaikan lama menyepi tanpa video masakan... usaha anak mahu gembirakan ibu berbaloi, hadiahkan hampir 20,000 subscribers YouTube dalam 3 hari!

Danial menitipkan ucapan terima kasih buat netizen yang banyak membantu sehingga membolehkan dia menggembirakan ibunya.

BUKAN mudah untuk menjadi seorang YouTuber.

Begitulah juga kisahnya mengenai Azlina Jelani, 43, ibu kepada dua cahaya mata yang berjinak-jinak menerusi platform video itu sejak Mac lalu.

Menurut anaknya, Danial Anas Aizat Ahmad Samhan, 16, ibunya yang juga YouTuber masakan hampir berputus asa gara-gara video yang dihasilkan tidak mendapat sambutan menggalakkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak cari duit lebih di YouTube, ibu suka membebel yang dapat ramai peminat... suami jadi penyokong tegar - “Ayah suka tengok mak, banyak kali dia ulang”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 10 anak cuba nasib jadi YouTuber pada usia 50 tahun... ada kisah pilu di sebalik pemilihan nama ‘Bonda Sebelas’

Enggan ibunya kecewa, dia yang mesra disapa Danial berkongsi mengenai perihal YouTube ibunya di laman TikTok sehingga ia menarik perhatian ramai netizen.

"Mama buat YouTube masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari tu. Subscribers pun dalam 400 orang je.

"Tiga bulan lepas, mama dah berhenti buat video. Mama dah putus asa, mama kata tak boleh buat apa dah.

Ibu Danial mula berjinak-jinak sebagai YouTuber masakan sejak Mac lalu.

"Saya nak tengok mama happy, jadi saya cuba post di TikTok. Alhamdulillah dalam masa tiga hari naik dekat 20,000 subscribers," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Danial, dia yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor mengakui cukup terharu dengan bantuan dan sokongan oleh netizen.

Malah ibunya yang bekerja di sebuah pusat dialisis seolah-olah sukar percaya dengan apa yang berlaku dalam tempoh singkat itu.

Saya baru umur 16 tahun, tak ada duit nak bagi mama happy. Itu salah satu cara untuk gembirakan dia.

DANIAL

"Mama suka tengok YouTube, dia suka tengok Sugu Pavithra, nak jadi macam mereka. Syukur sekarang subscribers mama dah meningkat.

"Mama pun macam tak percaya. Dia happy, mama kata bagai satu mimpi. Dia pun dah ada semangat, nak sambung hasilkan video untuk YouTube," ujar Danial.

Antara video di YouTube ibu Danial.

Dalam pada itu, Danial juga mahu menitipkan ucapan terima kasih buat netizen yang banyak membantu sehingga membolehkan dia menggembirakan ibunya.

"Saya nak ucapkan ribuan terima kasih untuk semua warga TikTok. Tanpa anda, siapalah saya dan mama?

"Saya baru umur 16 tahun, tak ada duit nak bagi mama happy. Itu salah satu cara untuk gembirakan dia.

"Terima kasih yang tolong dari awal. Walaupun tak kenal satu sama lain. Moga anda semua murah rezeki," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain