suria

Teresak-esak si jejaka, kekasih hadiahkan sesuatu yang lama diidamkan... Baru 20 tahun, pasangan muda mahu segera halalkan hubungan - "Duit tak jamin bahagia"

Perkongsian mengenai kejutan gajet itu menerima perhatian ramai di media sosial.

SETIAP kali tarikh ulang tahun kelahiran, pasti ada kejutan buat kekasihnya, namun kali ini berbeza kerana terlalu terharu hinggakan berlaku babak menangis teresak-esak.

Menerusi video yang tular di media sosial, seorang usahawan muda merakam saat-saat dia memberi hadiah istimewa kepada pasangannya telah mencuri perhatian netizen.

Wajah pasangannya yang bersahaja itu bertukar ceria sebelum mengalirkan air mata tanda terkejut dan terharu dengan kejutan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah macam sambut birthday girlfriend, cara lelaki ini rai rakan baiknya memang rare... siap check in Airbnb berdua - “Jangan tinggalkan saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan air mata di hari lahir, ibu akhirnya dedah rahsia bertarung nyawa ketika bersalin 21 tahun lalu

"Mungin saya bukan cinta pertama awak, tetapi kita dah janji insyaAllah cinta kita sampai ke hujung nyawa.

"Setiap apa yang jadi, kita jadikan pengajaran, awak banyak ajar saya erti cinta, erti kasih sayang, banyak mengalah dengan saya, tetap jadi orang pertama sokong saya.

"Dulu awak pernah minta izin awak nak beli secondhand punya, tetapi saya terpaksa cakap tak sebab masa tu zero, tengah susah payah kumpul duit, jadi sekarang saya hadiahkan untuk awak ni sebab awak memang nak sangat," tulis wanita berusia 20 tahun itu di kapsyen video tersebut.

Paparan skrin video tular itu.

Usahawan muda berkenaan, Nur Afifah Sa'adin berkata, pasangannya, Muhamad Ariff Daniel Abdul Syahid yang seusia dengannya sudah lama idamkan iPad dan pernah berhasrat untuk membeli yang terpakai suatu ketika dulu.

"Dah lama sangat dia nak iPad tu, tetapi saya tak bagi beli sebab ada benda yang lebih penting untuk guna duit pada ketika itu.

"Saya boleh katakan dialah tulang belakang saya dimana dia sentiasa menyokong dan membantu saya selama ini.

"Dengar macam terlalu muda untuk lalui detik sukar bersama, tetapi sejujurnya Allah sahaja tahu betapa susahnya kami usaha kerja untuk sampai ke tahap ini.

"Bagi saya tak rugi pun saya hadiahkan kepada seseorang yang sangat menjaga dan menghargai saya," ujarnya yang mesra disapa Fifa.

Rata-rata netizen meninggalkan komen-komen yang positif dan mengharapkan pasangan ini segera mendirikan rumah tangga.

"Sebak tengok video ini, semoga korang bahagia sampai bila-bila.

Patutnya majlis kami berlangsung sebelum ini lagi, tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, kami tunda ke tahun depan.

FIFA

"Kepada anda berdua, Kahwin lah. Rezeki orang berkahwin ni berlipat ganda In Sha Allah," tulis netizen.

Bagaimanapun, Fifa mendedahkan walaupun mereka masih muda tetapi sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Jelasnya lagi, mereka dalam usaha melakukan segala persiapan rapi menjelang majlis perkhawinan yang akan dilangsungkan tidak lama lagi.

"Kami sekarang tengah sibuk buat persediaan kahwin yang tak sampai beberapa bulan lagi.

"Patutnya majlis kami berlangsung sebelum ini lagi, tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, kami tunda ke tahun depan," jelasnya.

Fifa turut mendedahkan bahawa mereka telah menjalinkan hubungan istimewa selama empat tahun.

Meskipun, ramai yang tidak setuju dengan hubungan mereka kerana merasakan Fifa layak menerima lelaki yang jauh lebih baik dan berharta, namun wanita ini tetap teguh dengan pendiriannya kerana dia berasa duit tidak menjamin kebahagiaan malah hati yang ikhlas lebih penting dari segalanya.

Dedah Fifa, Muhamad Ariff sudah lama idamkan iPad dan pernah berhasrat untuk membeli yang terpakai suatu ketika dulu.

Kongsi Fifa lagi, keakraban mereka sememangnya diketahui keluarga dan walau apa juga tanggapan ramai dia tetap setia dengan pasangannya itu kerana sikapnya begitu menyenangkan.

Tidak dinafikan sepanjang perkenalan mereka berdua ini, banyak yang dilalui bersama, namun situasi sukar itulah yang mengukuhkan lagi hubungan mereka hingga sekarang.

"Kalau perasan, saya memang tak ada tunjuk kawan-kawan saya di sosial media sebab masa susah belum tentu kawan ada.

"Sejujurnya, selain dari keluarga, Ayip sahaja yang tahu susah senang saya. Kami pernah alami tak cukup duit. Duit paid review yang kami buat cukup duit tol dan minyak saja sebelum ini. Selebihnya penat sahaja.

"Dulu kalau nak keluar dating pun, Ayip tak ada duit langsung. Sampai kena pinjam duit dengan adik dia untuk keluar. Alhamdulillah berkat sabar. Rezeki kami luas sekarang.

"Hidup saya dengan Ayip, pergi kerja sekali nak pergi mana pun sekali. Kami dah terbiasa macam tu," ujarnya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain