suria

Bapa Fattah Anas hidap penyakit misteri, 34 jarum karat keluar dari badan... asyik lesu, emosi tak stabil - “Saya mahu pahala maafkan orang”

Mohamad Firdaus berkongsi kisahnya yang mengalami penyakit misteri, baru-baru ini.

"RUPA-RUPANYA sudah bertahun 'benda' itu ada dalam badan"

Demikian kata Mohamad Firdaus mengulas mengenai penyakit misteri yang dideritainya sebagaimana yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Mohamad Firdaus yang juga bapa kepada kanak-kanak comel, Fattah Anas yang pernah viral kerana keletahnya sebelum ini memuat naik satu perkongsian di laman Instagram menceritakan penderitaan dialaminya, dipercayai angkara sihir.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh goyang kaki, makan duit anak... bapa Fattah Anas akui populariti anaknya mampu upgrade hidup keluarga - “Bukan kaya pun”

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak sedar disihir... Setiap kali mahu ‘bersama’ suami, mulalah Wanni menjerit umpama dirasuk

Menerusi perkongsian tersebut, Mohamad Firdaus turut memuat naik beberapa gambar menunjukkan cecair seperti muntah darah dan beberapa bilah jarum.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, bapa kepada dua cahaya mata itu berkata dia hanya mengetahui mengenai keadaan dirinya selepas mendapatkan rawatan alternatif.



Perkongsian oleh Mohamad Firdaus di laman Instagram, baru-baru ini.

"Kalau ikutkan, saya sendiri tidak menyedari perkara ini. Namun apabila dapatkan rawatan alternatif, saya diberitahu sebenarnya dah lama kena... dah bertahun, jarum pun sampai karat. Ada 34 jarum semuanya.

"Bila diberitahu, saya cuba imbas semula apa yang berlaku sebelum ini. Dalam tempoh itu, ahli keluarga terutama isteri nampak perubahan ketara saya. Emosi tak stabil, panas baran, letih, lesu... bukan macam diri saya yang dulu.



Fatah Anas yang tular sebelum ini kerana keletahnya mencuit hati netizen.

"Tapi masa itu bila diberitahu, memang kita seboleh-bolehnya menidakkan. Kita cuba fikir positif saja. Tapi kebelakangan ini keadaan semakin teruk. Sampai 'tangkap' (sakit) leher, kaki bengkak, badan susut... akhirnya keluarga aturkan untuk bawa berubat," kata bapa berusia 27 tahun ini.

Malah menurut Mohamad Firdaus, bukan hanya dirinya seorang, tetapi ibunya turut terkena 'tempias'.

Sampai macam tu sekali... syirik ni kita tahu dosanya macam mana. Tak takutkah dengan Allah?

MOHAMAD FIRDAUS

BAPA FATAH ANAS

"Tempias dekat keluarga tu ada... ibu pun terkena. Terpaksa hadap juga," katanya yang kini sedang berehat di Kuantan, Pahang.

Tambah Mohamad Firdaus, selepas beberapa hari mendapatkan rawatan, keadaan beransur pulih dan dapat merasai perubahan yang positif.

"Alhamdulillah, hari ini (Jumaat), adalah hari ketiga selepas berubat... Saya rasa tenang, lapang dan positif berbanding sebelum ini.



Mohamad Firdaus mengakui, keadaan yang menimpanya sedikit sebanyak memberi kesan kepada keluarga.

"Saya pun tak tahu nak cakap macam mana mengenai apa yang berlaku kepada saya. Saya pelik juga bila fikir, ada orang yang benci sampai ke tahap itu. Ketika dengar apa yang diberitahu, lihat sendiri darah dan jarum tu, saya rasa sedih.

"Sampai macam tu sekali... syirik ni kita tahu dosanya macam mana. Tak takutkah dengan Allah? Tapi saya enggan terlalu fikir, saya mahukan pahala maafkan orang. Saya masih okay.

"Mungkin ini juga hikmah untuk saya... Allah izin ini berlaku mungkin untuk 'jentik' saya dan dengan cara ini, saya lebih dekat dengan-Nya,"katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain