suria

Bagai nak luruh jantung... 3 remaja terserempak entiti seram pukul 1 pagi, salah seorang hampir demam terkejut - “Sampai ke tempat tu, dah tak ada”

Remaja itu bersama dua lagi sahabatnya terserempak dengan kelibat putih itu pada awal pagi Jumaat lalu.

PERJALANAN tiga remaja menaiki sebuah kereta selepas membeli makanan di sekitar Saujana Impian, Kajang, Selangor pada Jumaat lalu bertukar ngeri apabila mereka terserempak dengan entiti misteri berpakaian serba putih di tengah jalan raya.

Mengakui terkejut dengan hal itu, mereka bagaimanapun sempat menghentikan kenderaan seketika untuk meneliti makhluk berkenaan sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Bercerita kepada mStar, salah seorang remaja itu yang hanya mahu dikenali sebagai Atif mengakui kali pertama berhadapan dengan peristiwa sebegitu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami saling pesan, masing-masing jaga mulut” - Tiada gangguan, kelibat ketika photoshoot bunian, pelajar tak sangka ada isu lain selepas rakaman

ARTIKEL BERKAITAN: Berani! Jam 1 pagi pelajar UiTM gesek biola lagu Pontianak Harum Sundal Malam, budak umur 6 tahun nampak kelibat sedang marah

"Masa tu dalam pukul 1 pagi. Kami baru balik selepas keluar beli makanan. Saya terkejut lihat ada benda putih melintas atas jalan.

"Ia kemudiannya berhenti di atas pembahagi jalan. Kami macam tak percaya. Terus berhenti kereta dalam 10 saat. Kami dah seram sejuk masa tu dan terus blah.

"Kami masuk kawasan perumahan dan pusing sekali lagi. Bila sampai ke tempat tu, tengok ia dah tak ada," ujarnya kepada mStar.

Kata remaja itu, mereka sempat memberhentikan kereta seketika sebelum berlalu pergi. (Gambar Hiasan)

Ujar Atif, rakannya juga hampir demam selepas pulang kerana terkejut melihat kelibat misteri seakan-akan pontianak itu.

Namun katanya, rasa takut itu bertukar lega apabila tular satu video yang dirakam individu lain di lokasi sama pada keesokan harinya.

Hanya prank sahaja. Terus rasa lega lepas dapat tahu.

ATIF

Menurut Atif, dia mendapat tahu bahawa ada seorang individu menyamar sebagai hantu untuk dijadikan sebagai 'content' YouTube sahaja.

"Mula-mula kami ingatkan hantu betul. Sebab pukul 1 pagi, jalan tu kosong tak ada orang.

"Takut gila, tapi tak adalah sampai nak pecut kereta masa tu. Esok baru dapat tahu ada video yang dirakam individu lain pada waktu berbeza.

Tiga remaja itu keluar membeli makanan sebelum terserempak dengan kelibat itu pada awal pagi Jumaat lalu. (Gambar Hiasan)

"Orang kata ia bukan hantu, sebab nampak kaki. Kemudian ada yang jelaskan ia hanya untuk YouTube.

"Hanya prank sahaja. Terus rasa lega lepas dapat tahu," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, video tular berkenaan yang dikongsi secara meluas di Twitter menerima lebih 270,000 tontonan.

Rata-rata komen turut mempersoalkan kebenaran entiti itu memandangkan jelas kelihatan kaki manusia disebalik pakaian putih yang disarung.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
hantu, pontianak, seram, kelibat putih

Artikel Lain