suria

Tiga pemuda beranikan diri timang bola di tengah jalan... ramai terpukau, ada yang bitter - “Mungkin rakyat negara kita belum bersedia...”

Video aksi freestyle Zeem bersama dua sahabatnya yang dimuat naik di Twitter menjadi tular.

SEBELUM ini di pantai, kini di lintasan pejalan kaki berhampiran lampu isyarat pula!

Namun persamaan daripada kedua-dua video yang tular ini, pemuda-pemuda yang mempamerkan aksi menimang bola atau freestyle football benar-benar membuatkan setiap mata yang melihatnya terpukau.

Bezanya, aksi yang dirakamkan di lintasan pejalan kaki di tengah-tengah ibu kota itu memerlukan ketangkasan dan kecekapan yang bukan calang-calang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Brazil, tapi di Teluk Cempedak! Aksi freestyle pemuda timang bola imbas aura Joga Bonito... macam melekat di kaki - “Rancang nak buka kelas”

ARTIKEL BERKAITAN: Tendangan padu sampai bola jatuh atas lori, mujur Pok Din baik hati kalau tak bye-byelah... paling sempoi anak Terengganu ini ada team sendiri di Mesir

Salah percaturan, silap-silap bola yang ditimang terkena kenderaan atau pengguna jalan raya!

Sehingga kini posting yang dimuat naik di Twitter itu meraih sehingga 6,300 retweet.

Berkongsi cerita dengan mStar, pelayar yang memuat naik video berkenaan yang juga salah seorang daripada tiga freestyler tersebut, Zeem Ahmad berkata idea untuk melakukan aksi di tengah-tengah ibu kota itu bertujuan untuk dimasukkan sebagai content di dalam saluran YouTube.



Zeem mulai serius menceburi sukan freestyle football sejak 2009.

"Kami juga content creator untuk saluran YouTube, Zeem Ahmad yang sememangnya memuat naik video aksi-aksi football freestyle.

"Jadi sememangnya perlu lebih kreatif dalam menghasilkan konten. Tujuannya untuk menaikkan sukan football freestyle di Malaysia kerana tahap penerimaan rakyat kita terhadap sukan ini masih rendah.

"Kalau di luar negara, sukan ini sangat dikenali. Jadi mahu tak mahu, kena cuba juga post di media sosial. Tak boleh tunggu orang cari kita, tapi kita yang ambil inisiatif untuk dedahkan kepada mereka," kata pemuda berusia 25 tahun ini.

Zeem kerap kali diundang membuat persembahan dan juga sebagai juri di luar negara.

Tambah Zeem, walaupun pada mulanya timbul sedikit perasaan bimbang, namun mereka tetap beranikan diri dan percaya dengan kecekapan masing-masing.

"Masa tu lampu tengah merah... jadi banyak kenderaan yang berhenti dan semua tengok. Ramai juga yang rakam. Mereka ralit sampai tak sedar lampu bertukar hijau.

"Mereka langsung tak marah atau bunyikan hon pun. Tapi hairan apabila muat naik di Twitter, ada yang bagi komen-komen negatif, antaranya soal keselamatan dan tak kena tempat.

Bagi saya, Malaysia patut hargai bakat tulen yang ada... contohnya sukan freestyle, skateboard, soccer dan lain-lain lagi... bukan bakat merapu yang tak memberi manfaat.

ZEEM AHMAD

FREESTYLER

"Kami semua Football Freestyler profesional, kami training lebih dari 5 tahun. Sebab tu kami berani buat tapi untuk orang di luar sana, jangan buat kalau tak mahir," ujarnya.

Bercerita lebih lanjut, Zeem yang terlibat secara serius dalam sukan ini pernah menyertai beberapa pertandingan di luar negara sebagai wakil Malaysia.

Malah, dia juga sering diundang untuk membuat persembahan dan juga menjadi juri bagi pertandingan freestyle football di beberapa negara Asia antararanya Vietnam, Filipina, Thailand, Singapura dan Jepun.



Zeem pernah merangkul gelaran Juara Freestyle Asia pada 2018.

Antara pencapaian tertinggi yang diperoleh sepanjang pembabitannya dalam sukan ini adalah Juara Freestyle Asia pada 2018.

Sungguhpun berjaya menempa nama di persada antarabangsa, Zeem berkata dia sedikit kecewa dan terkilan kerana bakat-bakat tulen seakan-akan dipinggirkan rakyat negara sendiri.



Zeem (kiri) menjadi juri pertandingan freestyle anjuran Redbull.

"Bagi saya, Malaysia patut hargai bakat tulen yang ada... contohnya sukan freestyle, skateboard, soccer dan lain-lain lagi... bukan bakat merapu yang tak memberi manfaat.

"Minda kebanyakan kita terarah kepada hiburan semata-mata. Mungkin rakyat negara kita masih belum bersedia untuk benda-benda macam ni dan masih selesa di tempat yang sama. Sebab itu kami cuba naikkan frestyle football ni," kata pemuda ini mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain