suria

Padu! Adik mesej 10 abang, kakak sampai kumpul ribuan ringgit... Terbongkar taktik anak bongsu - “Kadang remote sebelah pun suruh ambilkan”

Menurut individu tersebut, adik bongsunya akan meminta wang daripada semua abang dan kakak sehingga mengumpul wang dalam jumlah yang banyak.

PADA kebiasaannya, anak bongsu merupakan individu paling manja dalam sesebuah keluarga.

Malah, mereka juga menjadi golongan yang paling 'mewah' dengan kasih sayang serta apa sahaja yang disuarakan pasti akan ditunaikan kedua orang tua, abang mahupun kakak.

Di Twitter, seorang individu menggunakan nama @cekedingS2_ berkongsi kisah taktik licik adik bongsunya untuk mendapatkan duit belanja.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu putus asa, kecewa terpaksa jaga ibu miliki berat badan melampau

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih setahun ibu koma, kakak sebak jumpa nota coretan adik bongsu.... rindu nak dengar suara - "Hanya harapkan keajaiban"

Memiliki 11 adik beradik, si bongsu itu akan memanfaatkan setiap seorang daripada mereka sehingga mengumpul wang mencecah ribuan ringgit.

"Dalam 11 adik beradik aku. Adik bongsu aku paling padu. Setiap semester, dia akan WhatsApp kami 10 orang secara personal.

"Dia akan cakap dia tak ada duit nak pergi makan. So setiap 10 orang ni bank in lah kat dia.

Kata individu itu lagi, adiknya kadang-kala mampu mengumpul sehingga RM2,000 setelah diberi wang oleh abang dan kakak.

"Dalam sehari tu dia boleh dapat RM2,000. Bagus adik aku," tulis jejaka itu sambil menyertakan emoji ketawa.

Perkongsian ringkas itu ternyata mencuri tumpuan warga Twitter sehingga ia menerima hampir 17,000 ulang kicau (Retweet).

Terbalik pula adik bongsu aku tak pernah meminta. Kakak abang yang terlebih risau, nak belanja pon dia tak nak.

NETIZ

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen yang bercerita pengalaman masing-masing termasuklah yang bergelar anak bongsu.

Selain terhibur, ada juga yang berkongsi rasa duka memandangkan mereka tidak mempunyai abang dan kakak, malah ada juga yang bergelar anak tunggal.

Namun, rata-rata anak bongsu turut mengakui perkara itu dan mendedahkan mereka turut menggunakan taktik serupa,

"Memang anak bongsu macam tu perangai dia. Suka pau abang akak dia. Sebab tu biasa anak bongsu ni kaya.

Antara komen netizen.

"Saya selaku anak bongsu rasa benda ni fair sangat sebab korang kan yang selalu kuli-kulikan si bongsu ni... kadang remote sebelah tu je pun suruh ambilkan.

"Terbalik pula adik bongsu aku tak pernah meminta. Kakak abang yang terlebih risau, nak belanja pon dia tak nak.

"Sama lah macam bongsu aku. Kat mama papa minta, dekat kakak-kakak dia minta. Tapi bila kita nak minta tolong apa-apa jangan haraplah dia nak tolong," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain