suria

Ramai bengang... 2 insiden pada hari sama, selepas kereta ada pula bawa treler - “Kau tunggu je lah kena kutip nanti”

Video seorang kanak-kanak lelaki yang memandu memandu treler menjadi tular dan kini sedang dikesan oleh polis.

"BAWA tangki pula... meletup sia-sia!"

Demikian antara komen netizen terhadap satu video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah treler yang tular di media sosial sejak Isnin.

Menerusi video berdurasi satu minit 18 saat itu, kelihatan kanak-kanak terbabit sedang memandu dan memakir sebuah lori treler jenis HINO.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Pandu lawan arus di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan, polis buru pemandu Vios

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Rantau, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu pihaknya menerima laporan berkaitan penularan video kanak-kanak berkenaan.



Antara komen netizen terhadap video kanak-kanak memandu treler yang tular sejak Isnin.

"Satu laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anaknya di bawah umur memandu lori treler.

"Usaha untuk mengesan bapa dan kanak-kanak tersebut sedang giat dijalankan dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd. Said, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Ini merupakan video kedua membabitkan kanak-kanak memandu kenderaan yang tular pada hari sama.

Terdahulu, tular di media sosial video seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Proton Saga dalam kejadian di Rembau.



Video kanak-kanak lelaki yang membawa kereta bapanya turut tular pada hari yang sama.

Menerusi video berdurasi 53 saat tersebut, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu memberitahu bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video.

Saman terhadap bapa kanak-kanak itu yang berusia 47 tahun telah dikeluarkan polis mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987, malah lelaki itu juga disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Susulan tersebarnya video-video berkenaan, ramai netizen meluahkan rasa bimbang terutamanya dari segi keselamatan.

Tidak kurang juga, netizen membangkitkan soal peranan ibu bapa yang dilihat cuai kerana membiarkan anak-anak mengendalikan kenderaan bersendirian.

"Dah salah, tunjuk dekat orang pula," kata seorang netizen.

"Kau tunggu je lah kena kutip nanti," komen yang lain pula.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain