suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Awas! Pandu lawan arus di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan, polis buru pemandu Vios

Sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu berlawan arus di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan di Kuala Lumpur.

POLIS kini menjejaki pemandu sebuah kereta Toyota Vios yang memandu di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan.

Pemandu berkenaan memandu berlawan arus, mengakibatkan seorang penunggang motosikal terbabas sebelum merempuh tembok di tepi jalan, dalam kejadian pukul 4 petang Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, rakaman video menunjukkan pemandu meneruskan perjalanan dengan berlawan arus, walaupun telah mengakibatkan kemalangan.

"Kita sedang menjejaki pemandu bagi kenderaan bernombor QMN 5338.

"Kenderaan itu didaftarkan ke atas seorang pemandu yang menetap di Sarawak," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Zulkefly menggesa pemandu tersebut menyerahkan diri di balai polis trafik JSPT secepat mungkin.

"Mereka yang mempunyai maklumat juga dapat menghubungi Sarjan Shamsul Kamal atau Asisten Superitendan Khairul Naim di 03-20719999," tambahnya. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain