suria

Langgar SOP kuarantin: Ismail Sabri beri jaminan tiada siapa terlepas - “Menteri, timbalan menteri kalau salah pasti dikenakan tindakan”

Khairuddin didakwa tidak menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang ke tanah air dari Turki, awal bulan lalu. Foto: Bernama

KECOH baru-baru ini mengenai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang didakwa tidak mematuhi kuarantin selepas pulang dari luar negara sehingga menimbulkan kemarahan ramai.

Bagaimanapun Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa semua kes berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19 akan disiasat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dibenar masuk Istana Negara bukti saya negatif Covid-19 - Khairuddin

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada dua darjat isu tak kuarantin, tindakan akan diambil kepada sesiapa langgar SOP – “Saya pun kena bayar RM1,000”

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata sekiranya didapati melanggar SOP atau melakukan kesalahan, tiada sesiapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

"Setiap orang tidak bebas dan mengatasi undang-undang. Menteri, timbalan menteri, kalau mereka melakukan kesalahan, langgar SOP pasti akan dikenakan tindakan.

"Hukuman terserah kepada Kementerian Kesihatan sama ada nak kompaun dan sebagainya terserah kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Slim River di Felda Besout 2 pada Sabtu.

Khairuddin didakwa tidak menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang ke tanah air dari Turki, awal bulan lalu.

Perkara itu menjadi kecoh selepas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendedahkan di Parlimen bahawa Khairuddin pada Julai lalu berkunjung ke Turki dan kini telah melakukan pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sebagai menjawab dakwaan itu, Khairuddin berkata beliau menjalani ujian Covid-19 sebanyak tiga kali iaitu ketika tiba di Malaysia dari Turki pada 7 Julai, 13 hari kemudian, dan baru-baru ini kerana mahu menghadiri majlis di Istana Negara, di mana hasil ujian menunjukkan negatif. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain