suria

Bye-bye! Lelaki Bangladesh dalam dokumentari kontroversi Al Jazeera diusir dari Malaysia malam ini, disenarai hitam selama-lamanya

Md Rayhan (tengah) diiringi pegawai Jabatan Imigresen kelihatan melambaikan tangan di KLIA sebelum berlepas pulang setelah diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya. Foto Bernama

BYE-bye! Warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditemu bual dalam dokumentari Al Jazeera bertajuk "Locked Up in Malaysia’s Lockdown" diusir ke negara asalnya, Jumaat malam.

Md Rayhan, 25, dibawa ke Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor kira-kira 9 malam oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Md Rayhan yang berbaju kemeja dan membawa sebuah beg sandang, sempat melambai dan menunjukkan isyarat tanda bagus kepada kumpulan media sebelum dibawa masuk ke kaunter imigresen.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Bangladesh tampil dalam dokumentari kontroversi Al Jazeera mohon maaf kepada rakyat Malaysia, dakwa tak berniat tuduh pihak berkuasa

ARTIKEL BERKAITAN: Nah! Doktor buka cerita bagaimana Pati dilayan 'sebagai manusia' di wad Covid-19, sangkal laporan Al Jazeera - "Apa lagi mereka mahu?"

Difahamkan dia akan menaiki penerbangan Malaysia Airlines ke Dhaka, Bangladesh pada pukul 11 malam.

Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai, selepas JIM memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.

Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud sebelum ini memaklumkan Md Rayhan akan diusir ke negara asal selepas semua siasatan polis selesai selain pas lawatan kerjanya ditamat dan disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia selama-lamanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain