suria

Dibenar masuk Istana Negara bukti saya negatif Covid-19 - Khairuddin

Mohd Khairuddin mengulas mengenai kekecohan mengenai dirinya membabitkan isu kuarantin. Foto Bernama

MENTERI Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, beliau dibenarkan masuk ke Istana Negara pada 17 Ogos lalu, membuktikan bahawa beliau disahkan negatif Covid-19.

Mohd Khairuddin menjelaskan bahawa beliau tidak akan dibenarkan masuk ke Istana Negara, sekiranya beliau disahkan positif virus itu.

"Adalah wajib melakukan ujian swab sebelum dibenarkan masuk Istana," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh menteri didakwa tak kuarantin selepas pulang dari Turki, ujian Covid-19 negatif

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada dua darjat isu tak kuarantin, tindakan akan diambil kepada sesiapa langgar SOP - "Saya pun kena bayar RM1,000"

Mohd Khairuddin berkata demikian bagi mengulas kekecohan mengenai beliau didakwa tidak mematuhi perintah menjalani kuarantin wajib selama 14 hari, selepas pulang ke tanah air dari Turki, awal bulan lalu.

Mohd Khairuddin berkata, beliau menjalani ujian Covid-19 sebanyak tiga kali iaitu ketika tiba di Malaysia dari Turki pada 7 Julai, 13 hari kemudian, dan baru-baru ini kerana mahu menghadiri majlis di Istana Negara.

Walaupun Khairuddin bebas daripada jangkitan itu, netizen dan ahli politik mengkritik beliau kerana melanggar perintah wajib kuarantin, apabila didapati menyertai beberapa program selepas pulang dari luar negara.

Rakyat Malaysia turut mempersoalkan tindakan beliau tidak memakai gelang tangan merah jambu, yang diwajibkan kepada mereka yang pulang dari luar negara, yang perlu dipakai selama dua minggu sepanjang tempoh kuarantin. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain