suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letih kena jaga ibu lumpuh, anak lelaki tolak jatuh dari tingkat empat hingga maut

Suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

SEORANG lelaki berusia 42 tahun dipercayai menolak ibunya yang uzur dan lumpuh dari tingkat empat kediaman mereka di RR Nagar, India.

Tindakan kejam itu mengakibatkan mangsa, Savitramma yang berusia 72 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah dalam kejadian pada Ahad lalu.

Difahamkan, mangsa sudah terlantar sakit sejak empat hingga lima tahun lalu akibat lumpuh.

Berdasarkan laporan media tempatan, tindakan tersebut dipercayai didorong tekanan yang dialami suspek kerana perlu menjaga ibunya yang sakit dalam tempoh lama.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurut pihak berkuasa, suspek sedang disoal siasat bagi mengenal pasti kronologi kejadian, selain turut meneliti aspek kewangan.

Pemeriksaan perubatan juga akan dijalankan bagi menentukan keadaan mental suspek. -Agensi

Artikel Lain