suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat pelajar buat kerja gila campur serbuk hormon dalam minuman, sangka dapat jadi ‘perangsang’ semasa peperiksaan

Pelajar terlibat mencampurkan bahan tersebut dalam air sebelum meminumnya di tandas. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN empat pelajar sebuah sekolah yang dipercayai mencampurkan serbuk adrenalin atau hormon ke dalam minuman membawa padah apabila mereka terpaksa dikejarkan ke hospital.

Media melaporkan, mereka mencampurkan serbuk itu ke dalam minuman kerana menyangka ia mampu menjadi 'perangsang' bagi menghadapi peperiksaan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Uiwang, Gyeonggi di Korea Selatan kira-kira pukul 3 petang, pada Rabu lalu.

Berdasarkan laporan, bahan tersebut disediakan dalam kelas sains bagi tujuan eksperimen mengkaji tindak balas fisiologi kutu air.

Namun malangnya, beberapa pelajar tahun akhir dipercayai mengambil sedikit serbuk adrenalin itu tanpa kebenaran sebelum mencampurkannya ke dalam minuman ketika waktu rehat di tandas.

Ia berikutan mereka menyangka bahan itu boleh bertindak sebagai perangsang untuk membantu menghadapi peperiksaan pertengahan yang semakin hampir.

Difahamkan, pada awalnya tiga pelajar sahaja dibawa ke hospital universiti berhampiran untuk rawatan lanjut manakala seorang lagi pelajar kemudiannya memaklumkan turut mengambil bahan sama sebelum dihantar ke hospital yang sama secara berasingan. -Agensi

Artikel Lain