suria

Pelanggan lapar sos Thai percuma, siap ugut bagi rating rendah... Peniaga berkeras, nak lebih kena bayar!

Ugutan yang diterima peniaga restoran gara-gara enggan memberi sos lebih.

SETIAP peniaga makanan akan memastikan masakan dan servis yang disediakan berada di tahap paling baik pada setiap masa.

Jadi mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak dan menjaga hubungan baik dengan pelanggan.

Bagaimanapun, sikap dan kerenah sesetengah pelanggan yang tidak masuk akal pastinya membuatkan peniaga terkilan.

Begitulah yang diluahkan pengusaha sebuah kedai makan di Facebook yang berasa kesal dengan sikap seorang pelanggan.

Jelas pengusaha restoran makanan Cina Muslim itu pihaknya menerima pesanan pelanggan tersebut melalui aplikasi Foodpanda.

ugut-22

Antara perkongsian pengusaha kedai makan di Facebook.

Namun apa yang mengecewakan ialah pelanggan terbabit meninggalkan nota berbaur ugutan untuk memberikan maklum balas rating rendah kepada pihak restoran sekiranya tidak memenuhi permintaannya bagi mendapatkan sos istimewa rasa Thai secara percuma.

Ujar pihak restoran, permintaan itu adalah mustahil kerana sos berkenaan dikenakan caj tambahan seperti yang tertera dalam menu pada aplikasi pesanan makanan.

“Kami jarang nak post tentang pelanggan. Kami rasa perlu untuk berbuat demikian hari ini bukan sebab rating low yang diberi, tetapi sikap dan ugutan yang dibuat customer untuk mendapatkan extra sauce for free.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap siapa ‘naik atas’ hantar makanan pelanggan sebagai ‘bodoh’, rider dikecam geng sendiri - “Bila tak ada order melalak”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Apa dosa rider ini, pelanggan tuduh mencuri siap sebar foto wajah di FB... Menggigil tahan malu, rupanya restoran buat silap!

“Seperti mana yang anda semua tahu, kami ada mengenakan caj untuk setiap extra sauce request. Dan pilihan ini pun ada di bahagian selection 'Choice of Extras' dalam Foodpanda,” jelasnya.

Dakwa pemilik restoran itu lagi, walaupun sudah dimaklumkan tentang hal berkenaan namun pelanggan yang sama tetap mencari helah untuk mendapatkan sos percuma.

“Customer ini buat pesanan kali kedua hari ni untuk permintaan yang sama, extra Thai sauce. Kali pertama, kami sudah remark di order slip memaklumkan terdapat caj tambahan untuk extra sauce.

“Hari ini, customer (yang sama) sekali lagi buat request dan ugut akan bagi low rating kalau tidak bagi Thai sauce. Boleh baca review yang diberi dalam Foodpanda dan biar gambar berbicara.

Kalau nak harga murah, disarankan walk-in dan order di kedai.

PENGUSAHA RESTORAN

“Kalau masakan kami ada masalah, kami akan perbaiki. Tetapi ugut untuk mendapatkan free sauce kami tidak akan terima,” katanya lagi.

Jelas pengusaha kedai berkenaan itu lagi, pihaknya menyedari bahawa caj keseluruhan yang dikenakan kepada pelanggan termasuk pesanan menu utama serta sos tambahan menerusi aplikasi tempahan adalah lebih tinggi.

Justeru dia menasihatkan pelanggan terbabit agar datang sendiri ke restoran untuk membuat pesanan dengan harga yang lebih rendah.

“Sos kami memerlukan ramuan untuk dimasak, bukan ready made sos tomato pakai tuang saja. Untuk makluman semua, harga di platform Foodpanda adalah lebih mahal kerana mereka ada mengenakan komisen.

fb

Antara komen netizen di Facebook.

Rider pun kena dibayar gaji, mereka bukannya kerja untuk free. Kalau nak harga murah, disarankan walk-in dan pesan di kedai.

"Kami di sini pun advised anda untuk belajar memasak di rumah ya. Tidak perlu lah nak order dengan kami lagi,” jelasnya.

Meninjau di ruangan komen, pelanggan serta netizen tampil dengan memberi sokongan pada pihak restoran tersebut.

“Bertabah la pakcik, memang wujud customer aneh-aneh!

“Tak sedap pun tetap order lagi.

“Belajar masak ya di rumah, kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Tapi kalau tak bijak, tu kami tak boleh bantu,” komen warga maya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain