suria

[V] Netizen buru 8 penghuni rumah sewa, tak sangka lelaki pembersih masih wujud... Sudah la handsome, pandai mengemas pula!

Rumah sewa lapan sekawan dipuji netizen kerana begitu kemas dan bersih.

JIKA ditelusuri di media sosial, kita kerap disajikan dengan luahan netizen mengenai nasib malang apabila tinggal sebumbung dengan housemate yang pemalas dan pengotor.

Situasi ini secara tidak langsung memberi tekanan mental kerana bukan sahaja terpaksa hidup dalam suasana yang menyakitkan mata, malah perlu menghadap perangai rakan serumah yang tidak mempunyai common sense.

Namun baru-baru ini, perkongsian oleh seorang pemuda di TikTok membuatkan netizen kagum dan melontarkan pujian kerana rumah yang didiaminya bersama rakan-rakan begitu bersih, kemas dan teratur meskipun masing-masing masih bergelar penuntut.

Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda bernama Najmi Afiq berkata, dia dan tujuh lagi rakannya mendiami sebuah unit rumah di kolej kediaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub, Pahang.

Meskipun baru mendiami rumah empat bilik itu sekitar tiga bulan lalu, namun pemuda ini berkata kesemuanya sekelapa dan paling penting mempunyai sikap bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan.

housemate 2

Meja makan dikemas rapi.

"Kami mendiami rumah di Kolej Mat Kilau sejak hampir tiga bulan lalu. Sebenarnya pada semester lepas, ada di antara kami pernah duduk serumah... kemudian ada yang suka datang lepak.

"Jadi apabila masuk semester baru, kami berlapan sepakat nak duduk serumah. Sebelum masuk kampus, kolej akan keluarkan borang, jadi kita isi form tersebut beserta details nama penghuninya," ujarnya yang senang disapa Afiq.

Pemuda berusia 21 tahun ini berkata, mereka biasanya akan memperuntukkan satu hari setiap minggu untuk mengemas dan membersihkan rumah bersama-sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda stres dapat 9 housemates pengotor! Kuali 2 bulan tak basuh, tak peduli pinggan kotor dibuang luar rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Biar periuk berulat, tandas tak flush... kasihan, pelajar degree niat nak balas dendam akhirnya buka aib sendiri!

"Biasanya kami 'gotong-royong' pada hari minggu atau ikut waktu kelapangan sebab masing-masing sibuk dengan kuliah.

"Dalam rumah ini ada empat bilik, jadi tugas dibahagikan ikut bilik. Ada yang ditugaskan kemas dapur, ada yang cuci bilik air, bersihkan ruang tamu dan ada kemas bahagian luar rumah.

housemate 3

Bahagian luar turut tidak dibiarkan bersepah.

"Adakalanya sepah juga sikit-sikit... tapi nanti kami kemas bersama-sama seperti rutin mingguan," kata penuntut Diploma Pentadbiran Awam ini lagi.

Banyak kali membaca perkongsian di media sosial mengenai kisah rakan serumah yang pengotor, Afiq bagaimanapun bersyukur dan menganggap dikurniakan housmemates yang pembersih sebagai satu rezeki.

"Sebenarnya, kalau majoriti housemates kita orang yang pembersih, secara automatik yang lain akan terikut juga. Kalau ramai pengotor, maka kita pun mungkin terikut juga sikap itu.

"Selain dipengaruhi rakan, sikap pembersih ini juga mungkin berpunca daripada didikan kita di rumah dahulu.

housemate 4

Najmi Afiq (duduk) bersama tujuh rakannya mendiami rumah tersebut sejak tiga bulan lalu.

"Kalau ada di antara rakan serumah yang dalam circle atau geng kita, boleh saja tegur depan-depan secara berhemah. Orang lelaki ni walau nampak kasar, tapi nak tegur pun ada caranya.

"Janganlah sound atau secara kasar. Tapi kalau tak 'jalan' juga, mungkin boleh pertimbangkan untuk keluar dan cari rumah lain," ujarnya lagi.

Sekadar memuat naik video tersebut secara suka-suka, Afiq bagaimanapun tidak menyangka ia mengundang perhatian netizen.

Sebenarnya, kalau majoriti housemates kita orang yang pembersih, secara automatik yang lain akan terikut juga.

NAJMI AFIQ

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 489,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok, selain dibanjiri pujian netizen.

"Nikmat bro ada housemate pembersih. Tolong review siapa housemate.

"Jom tukar roomate bang. Roomate saya makan, lepas tu letak pinggan dia bawah katil saya.

"Bestnya dapat housemate macam ni. Aku ni, seorang je yang beriya nak rumah kemas-kemas. Lama-lama penat juga seorang je yang beriya," demikian antara komen netizen.

komen

Antara komen netizen yang kagum dengan 'rumah bujang' lapan pemuda berkenaan.

Netizen sekali lagi melahirkan rasa kagum setelah Afiq berkongsi video lain yang memaparkan wajah teman serumahnya.

"Semua handsome! Ini memang pakej.

"Mantap bang, semua calon suami terbaik," kata beberapa lagi netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain