suria

“Kami tak bodoh untuk mulakan hal ini” - Kesian Army dimaki keluarga, cenderahati dibuang gara-gara channel Telegram ‘Agama BTS’

Tanda pagar #staystrongMYarmys menjadi trending di laman Twitter.

KEMUNCULAN satu channel Telegram diberi nama 'Agama BTS' ternyata menimbulkan kemarahan ramai sehingga memberi kesan kepada peminat kumpulan K-Pop popular itu.

Malah, kumpulan peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai Army turut menunjukkan solidariti bersama bagi menjernihkan isu itu sehingga tanda pagar #staystrongMYarmys menjadi topik trending di laman Twitter.

Bercerita kepada mStar, peminat BTS dari Kuantan, Pahang dikenali sebagai Nur Alisha Amira mengakui isu itu memberi impak buat mereka sehingga ada yang dimarahi ibu bapa masing-masing..

ARTIKEL BERKAITAN: Artis Kpop - BTS pakai Baju Melayu kiriman peminat Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang orang Malaysia macam ni ke?” - Peminat tempatan malu portal luar lapor PU Syed gelar BTS 'syaitan'

Biarpun timbul dakwaan channel itu dibuat oleh individu dari Indonesia, ia turut menjejaskan nama peminat BTS di negara ini.

"Ada sebuah channel Telegram 'Agama BTS' dan netizen fikir memang betul-betul Army beragama Islam yang buat. Ada sebilangan kami yang kena maki dengan ibu bapa, cenderamata BTS mereka turut dibuang.

"Tapi sebenarnya channel itu bukan Army yang buat. Channel tu haters BTS yang buat hanya untuk burukkan nama BTS dan Army dengan menggunakan agama.

"Yang saya tahu, mereka dah delete channel tu dan buat grup baharu," ujarnya yang turut mendakwa channel itu disertai lebih 400 individu.

Antara channel Telegram yang sengaja diwujudkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kata Nur Alisha lagi, penularan kisah channel Telegram itu menyebabkan timbulnya kemarahan ke atas kumpulan peminat BTS di Malaysia sehingga mereka dimaki serta dilabel murtad.

Tidak sedih, namun kata Nur Alisha, dia kecewa apabila netizen enggan menyelidik terlebih dahulu sebelum menyerang mereka dengan pelbagai kata-kata kurang enak.

"Kami hanya buat urusan masing-masing dan menerima kecaman atas perkara yang kami tak lakukan.

Sebelum hakimi sesuatu, nak maki ini maki itu, tolong kaji dahulu. Kami tak bodoh untuk memulakan hal ini, nak tukar agama dan sebagainya.

NUR ALISHA AMIRA

PEMINAT BTS/ARMY

"Kesian dekat Army yang ada ibu bapa tegas, kena maki dengan keluarga semua. Cenderamata BTS semua kena buang biarpun ia dibeli dengan duit sendiri.

"Sebelum hakimi sesuatu, nak maki ini maki itu, tolong kaji dahulu. Kami tak bodoh untuk memulakan hal ini, nak tukar agama dan sebagainya.

Ada yang mendakwa cenderamata BTS mereka turut dibuang ibu bapa dek isu tular itu. Foto: Reuters.

"Kami masih ingat Allah dan tolong berhenti panggil kami obses. Kami masih manusia. Masih ada perasaan kena maki macam tu, kena tuduh murtad... saya nak orang ramai berhenti," rayu gadis itu lagi.

Dalam beberapa paparan skrin kandungan channel Telegram yang disebarkan itu, beberapa individu dilihat berborak topik sensitif seolah-olah mempermainkan agama Islam.

Anggota BTS. Foto: AFP.

Rata-rata peminat BTS di Twitter turut memberi sokongan antara satu sama lain dengan menggunakan tanda pagar #staystrongMYarmys.

Untuk rekod, BTS merupakan kumpulan K-Pop popular dari Korea Selatan.

Kumpulan itu dibarisi tujuh ahli iaitu RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V and Jungkook dan mereka bernaung di bawah syarikat Big Hit Entertainment.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
BTS, Army, kecam, Telegram

Artikel Lain