EMPAT rakyat Malaysia menjadi mangsa jenayah pecah kenderaan ketika melancong di Rom, Itali, mengakibatkan kerugian dianggarkan hampir RM30,000.Menurut salah seorang mangsa, kejadian disedari sekitar pukul 7 malam sebaik mereka pulang selepas berjalan-jalan di sekitar bandar Rom dan Vatican City. “Sebelum keluar, kami pastikan semua pintu dikunci dan camper van berada dalam keadaan selamat."Tapi bila balik, cermin didapati telah dipecahkan dan sedikit terbuka,” katanya.Hasil pemeriksaan mendapati semua barangan elektronik menjadi sasaran utama, termasuk dua unit iPad, tiga unit komputer riba, sebuah dron, sebuah kamera dan pembesar suara mudah alih.Menerusi perkongsian di Threads [Tonton Video], sejumlah wang tunai turut dilaporkan hilang dengan anggaran sekitar EUR200 (lebih RM1,000).Rakyat Malaysia lain turut berkongsi pengalaman menjadi mangsa pecah kereta di Rom. -Gambar media sosialMangsa kemudiannya membuat laporan di balai polis berhampiran, namun mendakwa tidak menerima bantuan yang diharapkan.“Walaupun kami masih boleh mengesan lokasi barangan menggunakan fungsi Find My iPhone dan jaraknya hanya kira-kira 200 meter dari balai, polis memaklumkan mereka tidak boleh bertindak selagi barangan atau pencuri tidak ditemui sendiri,” jelasnya.Tambah mangsa, polis turut menyatakan mereka hanya boleh mengambil tindakan sekiranya mangsa sendiri pergi ke lokasi berkenaan dan berhadapan dengan suspek.Susulan kejadian itu, mangsa percaya peluang untuk mendapatkan semula semua barangan berkenaan amat tipis dan menasihatkan pelancong lain supaya lebih berwaspada, khususnya di kawasan tumpuan pelancong di Eropah.Perkongsian itu menarik perhatian seorang wanita yang turut mendedahkan pengalaman hampir sama yang dialami tahun lalu selepas mengunjungi Vatican City. Menurutnya, kereta keluarganya dipecahkan dalam tempoh kurang dua jam dan semua komputer riba yang baru dibeli telah dicuri.Kerugian bagi kes tersebut dianggarkan antara RM15,000 hingga RM20,000.Lebih mengecewakan, mangsa mendakwa layanan pihak polis tempatan bukan sahaja tidak membantu, malah ahli keluarganya turut dimarahi ketika membuat laporan.