suria

Ini teknik jimat 6 jenis biskut guna satu adunan, Almond London dan Puteri Salju pun boleh buat!

Enam jenis kuih raya dapat dihasilkan menggunakan satu adunan yang sama.

MEMASUKI 10 hari kedua Ramadan, pasti ramai yang sudah mula sibuk memikirkan seleksi kuih raya untuk dihidangkan pada 1 Syawal.

Nak beli kuih 'tunjuk', bimbang pula rasanya tidak menepati tekak dan selera.

Bagi anda yang ingin menghasilkan sendiri kuih raya, bolehlah mencuba resipi adunan Nurul Zr yang dikongsikan di TikTok.

Bukan sahaja mudah, anda boleh mendapat enam jenis kuih dengan menggunakan adunan yang sama.

Para gadis, bolehlah isi masa lapang dengan menghasilkan kuih raya air tangan sendiri untuk memikat hati bakal ibu mentua dan si dia.

Paling penting, resipi bajet ini tetap memberikan rasa yang berbeza mengikut jenis yang dihasilkan, Almond London dan puteri salju pun boleh!

Bahan-bahan utama

2 ketul butter

1  1/2 cawan gula icing

2 biji kuning telur 

4 cawan tepung gandum 

1 1/2 cawan tepung jagung 

1 cawan susu tepung 

Adunan dibahagikan kepada enam bahagian.

Adunan dibahagikan kepada enam bahagian.

Bahan tambahan bezakan kuih raya

1, Keju

2. Palm sugar

3. Serbuk koko

4. Badam bakar 

5. Nestum 

6. Chocorice 

7. Coklat compound

8. Jem strawberi

Cara membuatnya

1. Kacau dua ketul butter bersama gula sehingga sebati.

2. Masukkan pula kuning telur dan bahan-bahan kering yang lain.

3. Uli kesemua bahan tadi sehingga menjadi doh.

4. Kemudian bahagikan adunan kepada enam bahagian. Tiga bahagian dijadikan 'plain' manakala setiap satu bakinya ditambah keju, serbuk koko dan nestum.

5. Bagi adunan berkeju, bulat-bulatkan dan masukkan ke dalam palm sugar, golekkan sehingga diselaputi penuh dan susun atas tray.

6. Adunan kedua pula dicelupkan ke dalam putih telur dan digolekkan ke atas keju.

7. Doh seterusnya dicampurkan dengan nestum.

8. Untuk menghasilkan Almond London, masukkan badam ke dalam doh yang telah dibulat kecil. 

9. Adunan yang dicampur serbuk koko pula digelekkan dan ditekap mengikut bentuk yang disukai.

10.  Doh terakhir pula dijadikan bentuk bulan sabit.

11. Kemudian bakar kesemuanya pada suhu 160 darjah selsius, selama 25 minit.

12. Apabila selesai sesi pembakaran, letakkan topping satu per satu mengikut cita rasa sendiri dan masukkan semula ke dalam oven selama 10 minit supaya topping mengeras.

13. Bagi kuih yang perlu dicelup coklat, pastikan sejuk terlebih dahulu sebelum dihiaskan.

Artikel Lain