suria
mStar - Urban.Versatil

AirAsia X kini terbang terus ke Bahrain dan London, buka peluang terokai dua destinasi menarik dari Kuala Lumpur

Barisan kru kabin AirAsia ketika meraikan pelancaran laluan baharu syarikat penerbangan itu ke London dan Bahrain dalam satu sidang media.

LONDON sentiasa menjadi destinasi impian ramai pelancong kerana kaya dengan tarikan sejarah, budaya, seni, makanan serta suasana kotanya yang sentiasa meriah.

Jika sebelum ini ada yang menangguhkan hasrat ke sana disebabkan tambang tinggi dan tempoh perjalanan yang panjang, kini impian ke kota tersebut lebih mudah direalisasikan menerusi penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke London.

Dengan tambang yang berpatutan serta pilihan penerbangan harian, pelancong kini mempunyai lebih fleksibiliti untuk merancang percutian ke kota ikonik itu.

Bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke London, lokasi seperti Big Ben, Tower Bridge, Buckingham Palace dan London Eye merupakan antara tempat wajib dikunjungi untuk merasai sendiri suasana kota yang sarat dengan sejarah.

AirAsia meraikan pelancaran laluan baharu ke London dan Bahrain dengan menekan butang sebagai gimik semasa majlis bersama media.

Namun, London bukan sekadar terkenal dengan mercu tandanya. 

Kawasan kejiranan seperti Shoreditch dikenali dengan seni jalanan serta kafe bergaya, Soho pula popular dengan hiburan malam dan kepelbagaian makanan, Camden menampilkan pasar unik serta gaya alternatif, manakala Notting Hill memikat dengan rumah berwarna pastel dan Portobello Market.

Dari sudut gastronomi, London menawarkan pelbagai pilihan makanan dari seluruh dunia. 

Borough Market menjadi tumpuan pencinta makanan, di samping hidangan klasik seperti fish and chips di pub tempatan serta budaya minum kopi di kafe kecil sekitar kota.

Bangunan Parlimen dan Big Ben dapat dilihat dari Queen’s Walk, London, United Kingdom.

London juga kaya dengan warisan budaya. Lawatan ke muzium, galeri seni dan kawasan teater West End memberi peluang menikmati seni bertaraf dunia.

Malah, banyak muzium dan tarikan di kota ini boleh dikunjungi secara percuma.

Selain London, AirAsia X turut mengendalikan penerbangan terus harian dari Kuala Lumpur ke Bahrain, menjadikannya pilihan menarik bagi pelancong yang ingin meneroka Timur Tengah.

Negara kepulauan di Teluk Parsi ini menawarkan gabungan warisan sejarah dan pembangunan moden. 

Antara tarikan utama termasuk tapak warisan UNESCO seperti Bahrain Fort, Tree of Life yang unik serta Pearling Path yang menceritakan sejarah industri mutiara negara itu.

Pemandangan bangunan pencakar langit World Trade Center dengan latar belakang bandar Manama, Bahrain.

Bahrain juga terkenal dengan pantai, aktiviti sukan air, kafe estetik, pusat beli-belah mewah serta seni bina moden di kawasan pesisir seperti Bahrain Bay.

Destinasi ini sesuai untuk pelancong Muslim, peminat hiburan yang ingin menghadiri konsert dan festival, serta peminat sukan permotoran termasuk Formula 1.

Sama ada memilih untuk menikmati keunikan London atau pesona moden Bahrain, kedua-duanya kini lebih mudah diakses menerusi rangkaian penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur.

Rancang perjalanan anda dan terokai dunia bersama AirAsia X.

Ketahui lebih lanjut menerusi aplikasi AirAsia MOVE.

Artikel Lain