PADA tanggal 16 Mei setiap tahun, golongan pendidik pastinya menerima pelbagai hadiah daripada pelajar sempena sambutan Hari Guru.
Di aplikasi TikTok, tular video usahawan Afza Liza Hazizan sedang menyusun lebih 30 beg kertas berisi hadiah untuk diberikan kepada guru-guru anaknya.
Apa yang mencuri perhatian, hadiah-hadiah tersebut diisi dalam beg kertas jenama barang kemas Habib Jewels.
Turut kelihatan adalah susunan beg kertas jenama tudung terkenal Bawal Exclusive.
"Bila anak-anak tanya ibu, hadiah hari guru nak bagi apa? Jadi saya sediakan untuk mereka.
Wanita itu turut memasukkan kad ucapan dalam beg kertas hadiah untuk guru-guru anaknya.
"Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar guru," tulis wanita itu pada ruangan kapsyen.
Wanita itu turut memasukkan kad ucapan ke dalam setiap beg hadiah yang disediakannya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meninggalkan pendapat mereka berhubung pemberian hadiah oleh usahawan itu yang disifatkan mahal.
"Mesti anak-anak sis ni jadi kesayangan guru-guru sekolah.
"Soalan serius. Benda macam ni tak bagi kesan dekat pelajar ke? Mana yang bagi hadiah biasa-biasa, adakah akan wujud pilih kasih dalam kalangan pelajar?
"Perlu ke buat video macam ni lepas tu kongsi di media sosial?
"Tak payahlah menunjuk, cukup awak je yang tau. Sebab ada ibu bapa yang tak mampu.
"Kenapa ramai yang marah? Cuba berlapang dada. Saya suka je tengok video ni," demikian antara komen netizen.