suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 lelaki bersenjata ditembak mati, terbabit lebih 70 kes jenayah samun

Dua penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan pada Khamis.

DUA penjenayah yang dipercayai aktif melakukan lebih 70 kes samun mati ditembak polis di kawasan parkir kondominium di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan pada Khamis.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, polis mengejar suspek lelaki berusia 29 dan 40 tahun sekitar Nilai dan memintas mereka di kawasan berkenaan, sebelum berlaku insiden berbalas tembakan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek telah melepaskan tembakan sehingga memaksa polis membalasnya demi mempertahankan diri.

Kedua-dua suspek disahkan mati di tempat kejadian dan tiada anggota polis yang tercedera.

"Suspek adalah ahli kumpulan penjenayah bersenjata yang aktif melakukan samun pecah rumah, kilang dan pusat pengumpulan barangan parcel J&T, pengedaran dadah di Selangor, Negeri Sembilan dan Perak.

"Suspek berusia 29 tahun ini memiliki 11 rekod jenayah lampau manakala suspek berusia 40 tahun memiliki 76 rekod jenayah termasuk dikehendaki polis," katanya pada Khamis.

Fadil juga tidak menolak kemungkinan suspek turut terbabit dengan kumpulan kongsi gelap berdasarkan penggunaan senjata api.

"Lokasi tembakan juga dipercayai lokasi persinggahan kumpulan ini. Kita akan mengenalpasti beberapa lokasi lain yang dijadikan tempat tinggal suspek," katanya.

Susulan kejadian, pihaknya akan meneruskan operasi memburu suspek lain dan membuat beberapa serbuan serta rampasan berkait kumpulan penjenayah terbabit.

Artikel Lain