suria

Suami Pamela ditahan polis

Pamela hilang ketika dalam perjalanan untuk memberi keterangan kepada SPRM.

POLIS menahan suami kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh, pada awal pagi Khamis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, suspek bergelar Datuk Seri itu ditahan di ibu negara.

"Dia dibawa ke Mahkamah Putrajaya untuk permohonan reman. Namun, permohonan tersebut ditolak," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau menambah, suspek ditahan bagi membantu siasatan yang sedang berjalan.

"Kita masih menyiasat lanjut mengenai perkara ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami antara suspek kes kehilangan Pamela, polis akan rakam keterangan anak-anak - KPN

ARTIKEL BERKAITAN: Kehilangan Pamela dapat petunjuk baharu, pemandu e-hailing dakwa mangsa diculik individu berjaket polis

Dilaporkan pada 9 April lalu, Pamela dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk membantu siasatan berhubung isu pengubahan wang haram.

Dia dilaporkan hilang dalam perjalanan ke temu janji, dan peguamnya memfailkan laporan polis pada hari yang sama.

Setakat ini, tiada tuntutan wang tebusan dibuat berhubung kehilangannya.

Polis sudah merakaman keterangan 27 individu dan kini dalam proses merakam keterangan ketiga-tiga anak Pamela di Singapura, dengan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol). -The Star

 

 

 

Artikel Lain