suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kehilangan Pamela dapat petunjuk baharu, pemandu e-hailing dakwa mangsa diculik individu berjaket polis

Pasukan polis melakukan siasatan terperinci berhubung kehilangan Pamela.

POLIS sedang menyiasat kemungkinan Datin Seri Pamela Ling Yueh, diculik anggota polis atau mereka yang menyamar sebagai polis, kata Tan Sri Razarudin Husain.

Ketua Polis Negara berkata demikian selepas fakta tertentu diperoleh daripada pemandu e-hailing yang sepatutnya membawa Pamela ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 April lalu.

“Kami sedia maklum mengenai dakwaan Pamela diculik individu yang memakai jaket polis, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Kami juga menyiasat kemungkinan dia diculik oleh mereka yang menyamar sebagai anggota polis," katanya pada 5 Mei.

ARTIKEL BERKAITAN: Kehilangan Pamela masuk hari ke-27, diculik semasa dalam perjalanan ke SPRM... Keluarga sahkan kereta dipintas 3 kenderaan

Beliau berkata, polis juga sedang memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi di mana dia didakwa diculik.

“Kami sedang mengumpul semua keterangan dan maklumat daripada beberapa saksi termasuk pemandu e-hailing,” katanya.

Razarudin berkata, polis tidak boleh mendedahkan butiran lanjut siasatan kerana ia boleh menjejaskan sebarang rancangan atau tindakan susulan yang perlu diambil dalam kes itu.

“Saya telah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman membantu polis Kuala Lumpur dalam menyiasat kes ini dan menjejaki Pamela.

"Kami akan menyemak semua fakta dan petunjuk yang boleh membantu dalam mengesan Pamela," katanya.

Razarudin bagaimanapun enggan mengulas sama ada penculikan Pamela itu dirancang dan dilakukan oleh pihak tertentu yang mencari kekayaan dan asetnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan sengaja dilakukan untuk menyalahkan SPRM atau polis. -The Star

Artikel Lain