suria

Qawiy ‘tebuk ngaji’ selamat bernikah di London... Segak berjubah, berserban putih

Qawiy dan pasangannya mendirikan rumah tangga pada Jumaat.

PEMPENGARUH media sosial, Abdul Qawiy Abd Rashid atau lebih dikenali sebagai Qawiyaro, mengejutkan ramai apabila berkongsi berita gembira dia kini sudah bergelar suami orang.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Qawiy, 28, memuat naik foto momen indah hari pernikahannya yang dipercayai berlangsung di Greenwich, London, United Kingdom, pada Jumaat.

"Alhamdulillah, completing half of my deen with my other half," tulisnya ringkas namun penuh makna.

Majlis ringkas itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Qawiy seolah-olah memberi bayangan bakal berkahwin sebelum ini.

Buat pengikut setia personaliti dakwah muda itu, mungkin berita ini bukanlah satu kejutan besar kerana sekitar awal Mac lalu, Qawiy pernah memberi bayangan dia bakal mendirikan rumah tangga.

"POV (Point of view): Pertama kali berjumpa dengan ibu bapa dia.

"Ini akan menjadi pakaian hari nikah saya," tulisnya pada video yang dimuat naik pada 8 Mac lalu.

Menjengah ke ruangan komen tentang berita pernikahannya, rata-rata netizen mendoakan agar ikatan yang dibina kekal hingga ke syurga.

"Ni mesti anak jemaah masa dia bawa (imamkan) solat tarawih.

"Lawa isteri dia Arab-arab mukanya. Tengok pemandangan London cantiknya.

Tahniah kedua-dua mempelai," komen beberapa netizen berteka-teki.

Untuk rekod, Qawiy merupakan seorang pempengaruh yang cukup dikenali dengan kandungan terjah mengaji al-Quran diberi nama 'tebuk ngaji'.

 

Dengan lebih 1.9 juta pengikut di TikTok, keperibadian Qawiy yang tenang dan bersahaja menjadikan dia antara figura yang cukup dihormati dalam kalangan anak muda Muslim.

Namun sehingga kini, tiada lagi kenyataan rasmi daripada Qawiy mengenai latar belakang isterinya dikongsikan daripada tuan badan.

Artikel Lain