suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki maut ditikam angkara cemburu, mayat ditemukan tertiarap di ladang kelapa sawit

Seorang lelaki maut ditikam, dipercayai angkara cemburu. -Gambar hiasan

SEORANG pembantu kedai berusia 20 tahun maut ditikam, dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Simpang, dekat Taiping pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa kira-kira pukul 2.55 petang Rabu.

"Orang awam menjumpai seorang lelaki dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di sebuah ladang kelapa sawit.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai, meninggal dunia di tempat kejadian akibat ditikam," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Susulan itu, Mohamad Nasir berkata, dalam tempoh 24 jam, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 40 tahun bagi membantu siasatan.

Menurutnya, polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

"Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing ke atasnya adalah positif dadah jenis morfin.

"Siasatan awal mendapati motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu," katanya sambil menambah akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

 

 

 

Artikel Lain