suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru tikam anak 3 kali di Pasir Mas, didakwa stres proses cerai dengan isteri

Suspek dipercayai mengalami masalah kesihatan mental sejak 2008.

SEORANG budak lelaki berusia 11 tahun dipercayai ditikam bapanya, dalam kejadian di Kampung Banggol Che Dol, Pasir Mas di Kelantan pada 2 Mei.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9 pagi membabitkan seorang lelaki berusia 40-an yang didakwa mempunyai masalah kesihatan mental.

Suspek yang juga seorang guru dikatakan menikam mangsa sebanyak dua kali pada bahagian dada dan sekali di perut menggunakan pisau pemotong sayur.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada krisis rumah tangga yang dihadapi suspek.

Katanya, suspek kini dalam proses penceraian dengan isterinya untuk kali ketiga.

Tambah beliau, kes perceraian itu dijadualkan disebut pada 13 Mei ini di Mahkamah Syariah Tumpat.

“Selain itu, suspek dipercayai mempunyai masalah mental dan menerima rawatan psikiatri sejak 2008 sehingga kini.

“Mangsa yang merupakan anak kandungnya dirawat di Hospital Pasir Mas dan akan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk rawatan lanjut," katanya.

Menurut Kama Azural, suspek telah ditangkap dan ditahan di lokap Balai Polis Pasir Mas, manakala permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Bharu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.

Artikel Lain